Memperkenalkan
video panduan pantas
penggunaan portal Lelong.com.my...
"Adakah
anda ingin mengetahui cara mudah, langkah demi langkah di
dalam menggunakan portal
Lelong.com.my dan menjana wang BESAR daripadanya?"
Jika anda cuma ingin menjual barangan lama atau ingin memulakan
perniagaan internet hebat dengan cepat dan mudah... Pelajari
cara pantas untuk
memulakan perniagaan dan menjana wang dari portal Lelong.com.my!
Dari: Eruwan Gerry Norsen
Pakar Lelongan Online
Wahai
usahawan internet,
Adakah anda berminat
untuk menjana pendapatan yang hebat dari portal lelongan paling
hebat di Malaysia... bermula dari hari ini?
Sama ada anda ingin memulakan
perniagaan yang serius atau sekadar untuk menjual barang-barang
lama yang tidak anda perlukan lagi, saya boleh menunjukkan cara
bagaimana untuk menjana wang daripadanya.
Rahsianya adalah cuma
untuk mengetahui BAGAIMANA caranya.
Namun demikian, sebelum saya
meneruskan laporan saya, terlebih dahulu biar saya jelaskan
sebab MENGAPA anda perlu berbuat demikian!
PERCUMA untuk
anda!
Ebook Kuasa Lelongan
dengan Hak Penjualan Semula (bernilai RM30)
Laporan
Khas “Transaksi Hebat” (bernilai
RM27)
Newsletter 5-Bahagian “Panduan
Menjual di Lelong.com.my” (bernilai RM37)
Pakej
eBook eBay dengan 30+ eBook (bernilai
RM197)
Masukkan nama dan alamat email anda di bawah: (Contoh Email:
ali1979@yahoo.com
adalah BETUL manakala
ali1979@yahoo dan ali1979 adalah SALAH)
Nota
Penting: Kami TIDAK AKAN memberikan maklumat peribadi anda
kepada mana-mana pihak. Anda mempunyai hak untuk berhenti melanggan
pada bila-bila masa! Privacy Policy
Borang Pendaftaran
"KEPADA MEREKA YANG TIDAK MENGETAHUI: Apakah
Lelong.com.my dan
mengapa perlu menjual di situ?"
Jika anda sudah mengetahui
mengenai Lelong.com.my, maka anda tidak perlu membaca bahagian
ini... Namun demikian, saya masih syorkan yang anda membaca setiap ayat di sini kerana terdapat banyak perkara
yang mungkin anda sendiri masih belum mengetahui mengenai portal
tersebut...
Anda boleh menjana wang HEBAT hanya dari portal Lelong.com.my!
Rahsia peluang perniagaan ini
pernah didedahkan di dalam Majalah Personal Money Isu
#51 keluaran November 2005.
Di dalam majalah tersebut, telah
didedahkan mengenai penjual yang telah mencapai purata
pendapatan RM30,000 sebulan di Lelong.com.my!
Adakah anda tahu
bahawa:
Portal Lelong.com.my mempunyai hampir
400,000 Ahli Berdaftar
Terdapat transaksi jualan
sebanyak RM10 JUTA pada setiap bulan di portal tersebut
Portal Lelong.com.my terletak di Tangga Ke-38 di dalam Ranking Laman Web Paling Popular di
Malaysia berdasarkan ranking di Alexa.com (jauh lebih
tinggi daripada eBay.com di Tangga Ke-58 dan eBay.com.my di
Tangga Ke-77). Sila lihat gambar di bawah untuk maklumat
lanjut:
(Berdasarkan
ranking Alexa.com pada 11hb Ogos 2008)
"Siapa Saya?"
Saya tidak ingin
menunjuk-nunjuk atau ber"besar" kepala di dalam menceritakan
mengenai diri saya. Namun demikian, saya merasakan yang anda
perlu mengetahui siapa diri saya untuk memahami mengapa saya
digelar Pakar Lelongan Online di Malaysia.
Saya sudah mempunyai
pengalaman cukup lama di portal Lelong.com.my. Saya
merupakan Verified Member dan memiliki Member Store saya sendiri
di dalam portal tersebut.
Anda boleh melihat Member
Store saya di laman web berikut:
http://www.watcha.lelong.com.my
Lelongan saya di portal
Lelong.com.my mampu menarik banyak bidaan dan mencapai nilai yang
tinggi. Sila lihat gambar di bawah untuk melihat beberapa
lelongan saya yang berjaya menarik banyak bidaan.
Sehingga kini, saya sudah
menerbitkan 3 buah buku mengenai lelongan online iaitu Rahsia
Raja Lelong, Secrets of the Lelong King dan Rahsia Jutawan
Lelong yang mana dua daripadanya sudah tersenarai sebagai
Bestseller di dalam Carta Mingguan Bestseller MPH Bookstore dan
buku ketiga Insya-Allah akan mencapai tahap tersebut tidak lama
lagi...
Inilah gambar ketiga-tiga
buku yang telah saya tulis:
Eruwan Gerry dan Azizi Ali
(Mentor Jutawan) dengan buku Rahsia Raja Lelong
Eruwan Gerry dan Azizi Ali
(Mentor Jutawan) dengan buku Secrets of the Lelong King
Eruwan Gerry dan Azlynn
Azizi (Pengarah Urusan True Wealth Sdn Bhd)
dengan buku Rahsia Jutawan Lelong
Buku Rahsia Raja Lelong dan
Secrets of the Lelong King pernah tersenarai sebagai Buku
Bestseller seperti berikut:
Buku Rahsia Raja Lelong
Buku Secrets of the
Lelong King
Saya juga telah menulis dan
menerbitkan 5 ebook mengenai lelongan online iaitu Kuasa
Lelongan, Pembungkusan Hebat, Import Dari China, Pengurusan
Inventori Hebat dan Rekod Simpanan Hebat. Inilah gambar
ebook-ebook tersebut:
Saya juga pernah muncul di
kaca televisyen untuk berkongsi mengenai buku dan kepakaran saya
di dalam lelongan online. Ini adalah rakaman video temuramah
saya dengan Sayed Munawar dari Slot Resensi, rancangan Selamat
Pagi Malaysia, RTM1:
Di samping itu, saya juga
telah mendapat banyak jemputan ke majlis-majlis hebat di seluruh
Malaysia untuk berkongsi mengenai lelongan online dan dunia
perniagaan internet. Berikut merupakan di antara beberapa majlis
yang telah saya hadiri:
Panel Jemputan di
Konvensyen Keusahawanan anjuran
Yayasan Pelajaran MARA yang dirasmikan oleh
Y.B. Dato' Seri
Mohamed Khaled Nordin
(Menteri Pembangunan Usahawan &
Koperasi 2007)
Penceramah semasa
Wealth Summit 2007 bersama Azizi Ali
Penceramah Jemputan di
Konvensyen Keusahawanan: TeknoPutra
Kebangsaan Institusi Pendidikan MARA 2007
Penceramah Jemputan di MPH BookStore Mid Valley
MegaMall
Penceramah Jemputan di True Wealth Open Day
2008
Saya juga mempunyai hubungan
yang baik dengan Pengarah Urusan Interbase Resources Sdn Bhd -
syarikat pengendali portal Lelong.com.my iaitu En. Richard Tan.
Beliau juga merupakan pengasas portal Lelong.com.my. Dengan ini,
saya lebih mudah mendapatkan maklumat terkini mengenai perubahan
dan perkembangan portal Lelong.com.my berbanding orang lain.
Eruwan Gerry bersama
En. Richard Tan
Saya berharap dengan
penerangan ini, anda dapat memahami mengapa saya merupakan orang
terbaik untuk berkongsi dengan anda mengenai portal
Lelong.com.my.
"Persoalannya: Adakah semua orang memiliki peluang yang
sama untuk membuat duit di Lelong.com.my?"
Di sinilah masalahnya:
SESIAPA SAHAJA boleh menjana wang besar di Lelong.com.my.
Tetapi TIDAK semua orang yang akan dapat berbuat
demikian.
Sebenarnya Lelong.com.my memiliki hampir
400,000 ribu ahli yang berdaftar dengan melebihi 1 Juta
pengunjung pada setiap bulan. Pelbagai jenis barangan dijual di
dalam portal tersebut pada setiap hari dan pada setiap jam. Adakah
anda faham maksud keadaan ini?
SAINGAN!
Anda perlu bersaing dengan
beribu-ribu penjual lain di dalam portal tersebut untuk
mendapatkan perhatian para pengunjung. Memang penjual menjual
pelbagai barangan lain yang mungkin berlainan dari barang jualan
anda.
Namun demikian, adakah anda
masih mampu bersaing dengan penjual lain yang menjual barangan
yang sama dengan anda walaupun jumlah penjual tersebut kecil?
Setelah saya mendapat jualan
pertama saya di Lelong.com.my, perasaannya tidak dapat saya
lupakan. Namun demikian, itu berlaku setelah saya menghadapi
pelbagai masalah dan kerugian.
Memang menyeronokkan dan saya
terus membuat lebih banyak jualan selepas itu. Namun demikian,
berapa ramai orang yang boleh menanggung risiko kerugian dan
masalah seperti saya sebelum mampu membuat jualan pertama
mereka?
"Video
Panduan Lelong"
Diperkenalkan
-
Video Langkah-demi-Langkah
cara menggunakan portal Lelong.com.my
dan menjana wang BESAR dari portal tersebut!"
Jumlah
Durasi Video: 1 Jam 30 Minit
Jumlah Video:
19
Format Video:
Flash
(Ruangan download fail video akan diberikan selepas pembayaran)
Saya sudah menghasilkan kompilasi video
panduan yang akan membantu anda langkah demi langkah cara untuk
memulakan perniagaan di portal Lelong.com.my. Video panduan ini
sesuai untuk mereka yang belum mempunyai pengalaman di dalam
menggunakan portal Lelong.com.my dan ianya akan dapat membantu
anda untuk menguasai portal tersebut dengan cepat berbanding
mereka yang bermula secara bersendirian. Walau bagaimanapun,
ahli-ahli yang sudah biasa menggunakan portal tersebut juga akan
dapat mempelajari perkara-perkara baru yang mungkin tidak anda
ketahui sebelum ini.
Sudah
tentu anda memerlukan bimbingan seperti ini untuk memudahkan
anda menguasai portal Lelong.com.my dengan pantas dan mudah
tanpa perlu merangkak-rangkak di dalam mempelajarinya seperti
apa yang telah saya alami tidak lama dahulu.
Inilah diskripsi video-video
yang akan anda perolehi di dalam kompilasi ini:
Video #1 - Pengenalan
kepada Lelong.com.my
(3 minit dan 3 saat)
Di dalam video ini, saya akan
memberikan pengenalan kepada lelongan online dan kepada
portal lelongan online #1 Malaysia iaitu Lelong.com.my. Saya
akan berkongsi mengenai kekuatan portal ini dan peluang
besar yang terdapat di dalamnya.
Video #2 - Pengenalan
kepada Laman Web Utama Lelong.com.my
(2 minit dan 49 saat)
Video kedua ini akan
memperkenalkan anda kepada laman web utama atau Homepage
portal Lelong.com.my. Dengan pemahaman mengenai laman web
utama, anda akan dapat menggunakan portal tersebut dengan
lebih cepat dan efisyen.
Video #3 - Mendaftar di Lelong.com.my
(6 minit dan 29 saat)
Anda akan mempelajari cara
untuk mendaftarkan diri anda di Lelong.com.my dengan cepat
dan mudah.
Video #4 - Akaun My
Lelong
(1 minit dan 45 saat)
Video ini akan memberikan
kepada anda gambaran kasar mengenai Akaun My Lelong anda.
Video #5 - Verifikasi
(5 minit dan 41 saat)
Di sini anda akan mempelajari
jenis-jenis verifikasi keahlian dan apa yang perlu anda
lakukan untuk menjadi seorang ahli yang sah di portal
Lelong.com.my.
Video #6 - Top Up
iAccount
(3 minit dan 37 saat)
Anda akan mempelajari cara
untuk "top up" iAccount anda di Lelong.com.my yang akan
digunakan untuk membayar segala yuran dan promosi yang anda
lakukan di dalam portal Lelong.com.my.
Video #7 - Member Store
(3 minit dan 47 saat)
Di dalam video ini anda akan
mempelajari cara untuk memulakan Member Store di
Lelong.com.my dan kelebihan-kelebihan yang akan anda
perolehi dengan memilikinya.
Video #8 - Rating
(4 minit dan 20 saat)
Di sini anda akan mempelajari
cara untuk membaca rating ahli-ahli di Lelong.com.my dan
perkara-perkara penting yang perlu anda ketahui mengenainya.
Video #9 - Membida
(4 minit dan 45 saat)
Video ini akan menunjukkan
kepada anda cara untuk membida barangan di portal
Lelong.com.my
Video #10 - Analisa
Pasaran
(5 minit dan 37 saat)
Di sini anda akan mempelajari
kepentingan melakukan analisa pasaran untuk barangan yang
ingin anda jual sebelum anda mula menjual. Ini akan
mengelakkan daripada anda menjual barangan yang tidak
popular yang akan mengakibatkan kerugian kepada diri anda.
Video #11 - Banner
Bahagian 1
(2 minit dan 31 saat)
Video ini akan berkongsi
mengenai kepentingan memaparkan banner di portal
Lelong.com.my dan akan menunjukkan lokasi-lokasi banner di
dalam portal tersebut.
Video #12 - Banner
Bahagian 2
(6 minit dan 15 saat)
Di sini anda akan mempelajari
cara untuk memulakan banner anda sendiri di dalam portal
Lelong.com.my
Video #13 - Menjual
Bahagian 1
(4 minit dan 56 saat)
Cara paling penting untuk
membuat duit di Lelong.com.my adalah dengan menjual. Oleh
itu, bermula dari video ini, anda akan diberikan penerangan
terperinci mengenai cara untuk menjual di Lelong.com.my.
Video #14 - Menjual
Bahagian 2
(7 minit dan 2 saat)
Video ini adalah lanjutan
kepada penerangan terperinci mengenai penjualan di portal
Lelong.com.my.
Video #15 - Menjual
Bahagian 3
(6 minit dan 40 saat)
Video ini adalah lanjutan
kepada penerangan terperinci mengenai penjualan di portal
Lelong.com.my.
Video #16 - Menjual
Bahagian 4
(6 minit dan 56 saat)
Video ini adalah lanjutan
kepada penerangan terperinci mengenai penjualan di portal
Lelong.com.my.
Video #17 - Menjual
Bahagian 5
(5 minit dan 18 saat)
Video ini adalah lanjutan
kepada penerangan terperinci mengenai penjualan di portal
Lelong.com.my.
Video #18 - Penutup
(6 minit dan 2 saat)
Ini adalah video penutup kepada
koleksi Video Panduan Lelong.com.my. Di sini saya akan
berkongsi mengenai apa yang perlu anda lakukan selepas
menonton video panduan ini dan sikap yang perlu anda bina di
dalam menjalankan perniagaan lelongan online.
Video #19 - Sumber
Bekalan *BARU*
(3 minit dan 39 saat)
Di dalam video ini, saya
berkongsi dengan anda laman-laman web yang boleh anda
kunjungi untuk mendapatkan bekalan barangan untuk dijual.
Laman-laman web yang diberikan menyediakan maklumat penjual
yang boleh memberikan barangan berkualiti dan murah untuk
anda. Ada juga di kalangan penjualnya yang memberikan
perkhidmatan drop-shipping.
Jumlah Durasi
Video: 1 Jam 30 Minit
"Mengapa format video Flash?"
Sudah tentu anda akan bertanya mengapa
saya menghasilkan Video Panduan Lelong dalam format video Flash.
Sebenarnya format video tersebut sudah lama digunakan di peringkat
antarabangsa. Cuma kita di Malaysia sahaja yang kurang pendedahan
mengenainya.
Format Flash merupakan salah satu format video yang membolehkan anda
menonton video melalui Internet Browser anda. Anda cuma perlu
menggunakan perisian Adobe Flash untuk membolehkan Internet Browser
memainkan video format flash tersebut. Perisian Adobe Flash boleh didapati
secara percuma dan saya memberikan pautan kepadanya di dalam ruangan
download Video Panduan Lelong.
Persoalannya, mengapa saya menggunakan format tersebut?
Jawapannya adalah - pada masa kini ia merupakan cara paling cepat untuk saya berkongsi sebarang video
maklumat terbaru mengenai perkembangan portal Lelong.com.my kepada anda!
Jika saya menghasilkan format video biasa dalam bentuk VCD atau DVD, sudah
tentu amat sukar untuk saya memberikan maklumat terbaru kepada anda apabila
anda memerlukannya.
Malah buku-buku saya yang kini berada di pasaran juga sudah terkebelakang
sedikit dari segi isi kandungan walaupun baru sahaja berada di pasaran. Ini
disebabkan oleh pergerakan dunia internet yang begitu cepat.
Oleh kerana itu, saya bertindak menghasilkan Video Panduan Lelong dalam
format flash kerana inilah cara terbaik untuk saya membantu memberikan
maklumat terbaru kepada anda secepat yang mungkin.
"Dapatkan Bonus bernilai RM1,500!"
Di samping itu, saya juga akan memberikan anda bonus bernilai
RM1,500 dengan pelaburan anda seperti berikut:
Bonus #1
"Video
Anda!"
(bernilai
RM1,200)
Saya mementingkan kejayaan pelanggan-pelanggan
saya. Oleh itu, saya akan memberikan anda satu bonus yang amat
bernilai yang tidak akan anda perolehi daripada mana-mana
penjual lain.
Sekiranya setelah menonton kesemua Video Panduan
Lelong dan anda mendapati masih terdapat perkara lain yang
anda ingin pelajari mengenai Lelong.com.my, anda boleh
menghubungi saya dan meminta saya untuk menghasilkan video
khas untuk anda tentang perkara yang ingin anda pelajari itu!*
Buat pengetahuan anda, setiap kali saya dijemput untuk memberikan
ceramah, yuran saya adalah sebanyak RM1,000 sejam. Oleh
itu, peluang hebat untuk mendapatkan video panduan terus
daripada saya amat bernilai bagaikan saya menjadi
guru pengajar
khas untuk anda tetapi untuk pelaburan anda yang amat minima.
Bonus #2
"Naik-Taraf
Seumur Hidup"
(bernilai RM300)
Sebagai seorang pembeli Video Panduan Lelong,
anda juga akan dapat menikmati
Naik-Taraf Seumur Hidup untuk
siri video ini.
Portal Lelong.com.my sering berubah apabila
pihak mereka melakukan upgrade dan memperkenalkan fungsi-fungsi
terbaru. Dengan pembelian video panduan ini, anda akan
mendapat naik-taraf kepada video terbaru yang akan saya
keluarkan secara PERCUMA
untuk seumur hidup anda!
Dengan erti kata lain, anda tidak perlu
mengeluarkan sesen pun untuk mendapatkan video-video panduan
terbaru Lelong.com.my daripada saya selepas ini.
"Ini Jaminan Saya!"
"Jaminan Wang
Dikembalikan Selama 1-TAHUN"
Sebagai membuktikan
keyakinan saya terhadap isi kandungan video panduan ini, saya
memberikan anda
Jaminan Wang Dikembalikan Selama 1 TAHUN. Sekiranya
pada bila-bila masa dalam jangkamasa setahun selepas anda
membeli video ini, anda tidak berpuashati dengan maklumat yang
terdapat di dalamnya, anda boleh menghubungi saya untuk
mendapatkan wang pembelian anda semula 100% Tanpa Sebarang
Persoalan!
"Cubaan untuk membuat duit di Lelong.com.my
selama bertahun lamanya kini sudah dipersembahkan dengan
cara mudah dalam bentuk video!"
Mana satu yang anda lebih suka? Pelajari cara untuk membuat duit di Lelong.com.my dengan cara
lama dengan mencuba sendiri secara trial and error (seperti
saya sebelum ini) atau mempelajari cara mudah yang dapat
memendekkan waktu pembelajaran anda sehingga menjadi seorang penjual
yang hebat?
Dengan berbekalkan koleksi
video panduan ini, anda tidak perlu lagi bersusah payah mempelajari
cara sebenar untuk membuat duit di Lelong.com.my.
BERAPA
yang anda sanggup membayar untuk peluang seperti ini?
Jika saya menjualnya kepada anda
pada harga RM1,500, sudah tentu ia merupakan satu tawaran yang
baik untuk anda. Cuba fikirkan:
Bayaran untuk ceramah saya
adalah RM1,000 sejam tetapi anda akan mendapat
akses kepada
masa saya untuk seumur hidup anda!
Anda tidak perlu belajar dari bawah dan mendapat kerugian
sekiranya cubaan anda tidak berjaya.
Anda akan dapat
menimba
seluruh pengalaman penjualan saya di Lelong.com.my dan ditambah dengan pengetahuan pemasaran internet akan dapat
membantu menjana wang yang besar untuk anda dalam masa yang
singkat.
Walaupun anda tidak memiliki
kemahiran berkomputer yang hebat, bantuan saya akan membantu
anda untuk berdiri sama tinggi dengan penjual lain yang mempunyai kemahiran yang lebih banyak dari anda.
Secara
ringkasnya, anda cuma perlu menonton video ini mengikut
kesesuaian dan masa anda dan masih mampu memiliki pengetahuan
yang lengkap untuk membantu anda mencapai kejayaan di
Lelong.com.my!
Ini satu berita yang BAIK...
Saya tidak akan menjualnya pada harga
RM1,500.
Saya juga tidak akan menjualnya
kepada anda pada harga RM800.
Jauh sekali...
Ia cuma memerlukan pelaburan
anda sebanyak...
RM1,500RM800
RM150
Memang betul! Cuma
RM150
dan anda sudah boleh mendapatkan koleksi video ini secara
download selepas pembayaran dibuat oleh anda dan mendapat
bantuan utama daripada saya selepas ini.
Oleh itu, anda perlu bertindak sekarang
supaya anda boleh menjadi penjual hebat seterusnya di
Lelong.com.my!
Video Panduan
Lelong
Klik di
sini untuk pembayaran:
(ruangan download akan diberikan
selepas pembayaran)
Salam kejayaan,
Gerry
Eruwan
Gerry Norsen
P.S.
Saya menjamin yang anda akan mendapati bahawa semua maklumat
yang terkandung di dalam Video Panduan Lelong adalah berguna
dan akan dapat membantu untuk mengembangkan perniagaan lelongan
online anda sehingga berjaya. Anda akan mendapat beratus-ratus kali
ganda harga pelaburan kecil anda untuk mendapatkan video ini. Saya
memberikan Jaminan Pembelian Tanpa Risiko untuk mendapatkan
video ini memandangkan saya menjanjikan 100%
Wang Dikembalikan selama 1 TAHUN - sekiranya anda tidak
berpuashati dengan isi kandungan video ini, saya akan mengembalikan
100% wang pembelian anda tanpa sebarang persoalan.
P.P.S.
Ingat! Memandangkan saya menawarkan video ini
beserta bonus-bonus hebat bernilai RM1,500 kepada anda, saya
cuma boleh memberikan tawaran ini untuk satu
jangkamasa yang terhad. Dalam pada itu,
adalah sangat penting untuk anda membeli
video panduan
ini sekarang supaya perniagaan lelongan
online anda akan lebih berjaya selepas ini!
Beli SEKARANG!
NOTA:
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player
untuk menonton video-video tersebut. Sekiranya anda
tidak memiliki perisian tersebut di dalam komputer anda,
maka anda boleh mendapatkannya daripada laman web Adobe
secara PERCUMA. Pautan kepada perisian tersebut
juga akan saya berikan di dalam ruangan download video.