Memperkenalkan
video panduan pantas
penggunaan portal eBay...
"Adakah
anda ingin mengetahui cara mudah, langkah-demi-langkah di
dalam menggunakan portal
eBay dan menjana wang BESAR daripadanya?"
Pelajari cara untuk menjana keuntungan daripada pasaran terbesar
di dunia yang mempunyai melebihi
244 JUTA pembeli yang membeli
melebihi RM310 JUTA jumlah barang pada setiap hari!
Dari: Eruwan
Gerry Norsen
Wahai
usahawan internet,
Anda
semestinya sudah pernah mendengar mengenai portal lelongan
online terbesar di dunia iaitu eBay!
Anda juga sudah tentu
pernah mendengar cerita mengenai penjual-penjual daripada Malaysia yang telah berjaya menjana wang
yang besar daripada portal tersebut.
Ini merupakan beberapa fakta lain yang
anda sepatutnya ketahui:
Melebihi 2 JUTA orang mengunjungi
portal eBay pada setiap hari dengan tujuan mencari barangan untuk dibeli!
Sebanyak RM7,200 dibelanjakan oleh
pembeli di eBay pada setiap saat.
Pengunjung menghabiskan purata 1 jam
47 minit untuk membeli belah di portal tersebut pada setiap lawatan (dan
mereka mempunyai kuasa beli memandangkan 72% daripada pengguna di eBay
mendapat purata pendapatan sebanyak RM180,000.00 setahun).
Ternyata ia merupakan
satu lubuk emas
untuk mereka yang bijak mengambil peluang...
PERCUMA untuk
anda!
Ebook Kuasa Lelongan
dengan Hak Penjualan Semula (bernilai RM30)
Laporan
Khas “Transaksi Hebat” (bernilai
RM27)
Newsletter 5-Bahagian “Panduan
Menjual di Lelong.com.my” (bernilai RM37)
Pakej
eBook eBay dengan 30+ eBook (bernilai
RM197)
Masukkan nama dan alamat email anda di bawah: (Contoh Email:
ali1979@yahoo.com
adalah BETUL manakala
ali1979@yahoo dan ali1979 adalah SALAH)
Nota
Penting: Kami TIDAK AKAN memberikan maklumat peribadi anda
kepada mana-mana pihak. Anda mempunyai hak untuk berhenti melanggan
pada bila-bila masa! Privacy Policy
Borang Pendaftaran
"Peluang BESAR di eBay!"
Lubuk emas ini telah semakin
mendapat perhatian ramai usahawan internet daripada Malaysia dan
sudah ramai yang telah menjana pendapatan yang hebat daripada
jualan mereka di portal eBay.
Di sini saya sertakan beberapa keratan
akhbar online dan offline yang memaparkan kejayaan beberapa rakyat Malaysia
di dalam portal lelongan online ini...
Bukan mereka sahaja dari Malaysia yang
menjana pendapatan hebat daripada portal eBay malah ramai lagi, tetapi
mereka enggan bercakap kerana tidak mahu pencapaian mereka menjadi perhatian
umum. Mereka lebih suka menjana pendapatan yang hebat dalam keadaan senyap
tanpa perlu menarik perhatian orang ramai.
Pihak eBay juga mengakui peningkatan
usahawan-usahawan hebat daripada Malaysia di dalam portal mereka dan
mengalu-alukan peningkatan perkhidmatan internet jalur lebar di Malaysia
yang akan dapat meningkatkan lagi pembabitan rakyat Malaysia di dalam portal
eBay. Ini jelas terbukti di dalam artikel mereka di dalam akhbar The Star
pada 16hb Jun 2008 seperti berikut:
Portal eBay bukan sahaja merupakan
tempat untuk menjual barangan biasa, malah ada individu yang telah bertindak
menjual barangan pelik di dalam portal tersebut. Berikut merupakan beberapa
keratan akhbar mengenai perkara pelik yang telah dijual oleh ahli-ahli eBay
di dalam portal tersebut...
"Lelaki
yang baru bercerai menjual kehidupannya di Australia kepada ahli-ahli lain!"
"Isteri yang
mendapati suaminya mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain telah menjual
pakaian dalam milik wanita tersebut yang dijumpai di rumahnya!"
Itulah kehebatan portal eBay
sehinggakan barangan yang tidak masuk akal pun boleh dijual di situ.
Berdasarkan artikel-artikel dan
maklumat-maklumat yang telah saya kongsikan kepada anda, saya amat yakin
yang anda boleh melihat kekuatan portal lelongan online terhebat di dunia
ini...
Peluang menjana wang ada di mana-mana
di dalam portal tersebut...
"Siapa Saya?"
Saya tidak ingin
menunjuk-nunjuk atau ber"besar" kepala di dalam menceritakan
mengenai diri saya. Namun demikian, saya merasakan yang anda
perlu mengetahui siapa diri saya untuk memahami mengapa saya
digelar Pakar Lelongan Online di Malaysia.
Saya sudah mempunyai
pengalaman cukup lama di portal eBay dan saya
mempunyai
eBay Store saya sendiri di portal eBay.
Di samping itu, saya juga merupakan
seorang Education Specialist
Trained by eBay yang bermaksud saya merupakan di antara
sebilangan kecil ahli eBay di Malaysia yang telah disahkan layak mengajar
orang lain mengenai eBay.
Saya mampu menjana
pendapatan yang baik di portal eBay sebagai seorang penjual.
Berikut merupakan rekod jualan daripada beberapa UserID saya di
eBay:
Sehingga kini, saya sudah
menerbitkan 3 buah buku mengenai lelongan online iaitu Rahsia
Raja Lelong, Secrets of the Lelong King dan Rahsia Jutawan
Lelong yang mana dua daripadanya sudah tersenarai sebagai
Bestseller di dalam Carta Mingguan Bestseller MPH Bookstore dan
buku ketiga Insya-Allah akan mencapai tahap tersebut tidak lama
lagi...
Inilah gambar ketiga-tiga
buku yang telah saya tulis:
Eruwan Gerry dan Azizi Ali
(Mentor Jutawan) dengan buku Rahsia Raja Lelong
Eruwan Gerry dan Azizi Ali
(Mentor Jutawan) dengan buku Secrets of the Lelong King
Eruwan Gerry dan Azlynn
Azizi (Pengarah Urusan True Wealth Sdn Bhd)
dengan buku Rahsia Jutawan Lelong
Buku Rahsia Raja Lelong dan
Secrets of the Lelong King pernah tersenarai sebagai Buku
Bestseller seperti berikut:
Buku Rahsia Raja Lelong
Buku Secrets of the
Lelong King
Saya juga telah menulis dan
menerbitkan 5 ebook mengenai lelongan online iaitu Kuasa
Lelongan, Pembungkusan Hebat, Import Dari China, Pengurusan
Inventori Hebat dan Rekod Simpanan Hebat. Inilah gambar
ebook-ebook tersebut:
Saya juga pernah muncul di
kaca televisyen untuk berkongsi mengenai buku dan kepakaran saya
di dalam lelongan online. Ini adalah rakaman video temuramah
saya dengan Sayed Munawar dari Slot Resensi, rancangan Selamat
Pagi Malaysia, RTM1:
Di samping itu, saya juga
telah mendapat banyak jemputan ke majlis-majlis hebat di seluruh
Malaysia untuk berkongsi mengenai lelongan online dan dunia
perniagaan internet. Berikut merupakan di antara beberapa majlis
yang telah saya hadiri:
Speaker di Seminar "Empowering Business
Through eCommerce
on eBay" anjuran eBay & MATRADE
Panel Jemputan di
Konvensyen Keusahawanan anjuran
Yayasan Pelajaran MARA yang dirasmikan oleh
Y.B. Dato' Seri
Mohamed Khaled Nordin
(Menteri Pembangunan Usahawan &
Koperasi 2007)
Penceramah semasa
Wealth Summit 2007 bersama Azizi Ali
Penceramah Jemputan di
Konvensyen Keusahawanan: TeknoPutra
Kebangsaan Institusi Pendidikan MARA 2007
Penceramah Jemputan di MPH BookStore Mid Valley
MegaMall
Penceramah Jemputan di True Wealth Open Day
2008
Saya juga mempunyai ramai
kenalan yang terdiri daripada penjual-penjual hebat eBay di
dalam dan luar negara.
Saya berharap dengan
penerangan ini, anda dapat memahami mengapa saya merupakan orang
terbaik untuk berkongsi dengan anda mengenai portal
eBay.
"Maklumat
TERKINI mengenai eBay..."
Di sebalik cerita kejayaan dan kehebatan
portal ebay, sebenarnya ada lagi perkara yang
tidak anda ketahui...
Semenjak beberapa bulan yang lepas,
pihak eBay telah membuat pelbagai perubahan kepada polisi portal mereka yang telah
memberikan impak yang BESAR kepada para penjual di eBay dan cara mereka
menjual di dalam portal tersebut.
Perubahan-perubahan mendadak ini telah
mengakibatkan ramai penjual menjadi marah dan mereka terpaksa bertungkus
lumus untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai
perubahan-perubahan yang telah berlaku.
Jualan mereka telah jatuh dengan
banyak dan ada jualan yang TERHENTI sama sekali. Sehingga kini, masih ramai
lagi yang belum berupaya untuk bangun semula daripada impak perubahan yang
telah berlaku!
Sebenarnya perubahan polisi eBay tidak
penting di sini...
... apa yang PERLU anda faham adalah ini
BUKAN kali pertama eBay telah mengubah polisi mereka, dan sudah tentu
bukanlah kali terakhir mereka berbuat demikian!
Oleh itu, untuk mencapai kejayaan yang
BESAR di dalam perniagaan anda di eBay, anda memerlukan bukan sahaja
bantuan daripada penjual-penjual yang sudah menjana wang besar di portal
tersebut, tetapi anda
PERLU juga mendapat akses kepada maklumat-maklumat
terkini mengenai eBay secara berterusan!
Anda memerlukan seseorang yang dapat memberikan maklumat
terkini kepada anda mengenai setiap perubahan SEBELUM ianya berlaku...
seseorang yang sentiasa mengawasi perubahan-perubahan yang terkini... dan menerangkan
secara TERPERINCI mengenai cara untuk mengambil peluang daripada
perubahan-perubahan tersebut SEBELUM ianya berlaku...
...supaya anda boleh BERTERUSAN menjana
wang walaupun dalam apa jua keadaan dan perubahan yang dilakukan oleh eBay
terhadap portal mereka!
Dalam pada itu, saya telah menghasilkan
satu panduan yang sentiasa akan dikemaskini berdasarkan sebarang perubahan
yang bakal dilakukan oleh eBay di dalam portal mereka supaya anda akan
sentiasa mendapat maklumat terkini SEBELUM anda memerlukannya...
"Video
Panduan eBay"
Diperkenalkan
-
Video
langkah-demi-langkah cara menggunakan portal eBay
dan menjana
wang BESAR dari portal tersebut!"
Jumlah
Durasi Video: 3 Jam 2 Minit
Jumlah Video:
38
Format Video:
Flash
(Ruangan download fail video akan diberikan selepas pembayaran)
Saya sudah menghasilkan kompilasi video
panduan yang akan membantu anda langkah-demi-langkah cara untuk
memulakan perniagaan di portal eBay. Video panduan ini
sesuai untuk mereka yang belum mempunyai pengalaman di dalam
menggunakan portal eBay dan ianya akan dapat membantu
anda untuk menguasai portal tersebut dengan cepat berbanding
mereka yang bermula secara bersendirian. Ia akan sentiasa
dikemaskini berdasarkan sebarang perubahan yang dilakukan oleh
pihak eBay.
Jika anda seperti saya, sudah
tentu anda memerlukan bimbingan seperti ini untuk memudahkan
anda menguasai portal eBay dengan pantas dan mudah
tanpa perlu merangkak-rangkak di dalam mempelajarinya.
Inilah diskripsi video-video
yang akan anda perolehi di dalam kompilasi ini:
Video #1 - Pengenalan
kepada eBay
(4 minit dan 31 saat)
Di dalam video ini, saya akan
memberikan pengenalan kepada lelongan online dan kepada
portal lelongan online #1 dunia iaitu eBay. Saya
akan berkongsi mengenai kekuatan portal ini dan peluang
besar yang terdapat di dalamnya.
Video #2 - Pengenalan
kepada Laman Web Utama eBay Malaysia
(3 minit dan 2 saat)
Video kedua ini akan
memperkenalkan anda kepada laman web utama atau Homepage
portal eBay Malaysia. Dengan pemahaman mengenai laman web
utama, anda akan dapat menggunakan portal tersebut dengan
lebih cepat dan efisyen.
Video #3 - Mendaftar di
eBay
(4 minit dan 34 saat)
Anda akan mempelajari cara
untuk mendaftarkan diri anda di eBay dengan cepat
dan mudah.
Video #4 - Akaun My
eBay
(3 minit dan 24 saat)
Video ini akan memberikan
kepada anda gambaran keseluruhan mengenai Akaun My eBay anda.
Video #5 - Pendaftaran
Akaun PayPal Bahagian 1
(6 minit dan 0 saat)
Di sini anda akan mempelajari
cara untuk membuka akaun di Paypal.com untuk memudahkan
pembelian dan penjualan anda di eBay.
Video #6 - Pendaftaran
Akaun PayPal Bahagian 2
(5 minit dan 38 saat)
Ini adalah video lanjutan
kepada cara untuk membuka akaun di Paypal.com untuk
memudahkan pembelian dan penjualan anda di eBay.
Video #7 - Feedback
Bahagian 1
(4 minit dan 14 saat)
Di sini anda akan mempelajari
mengenai feedback di eBay dan
perkara-perkara penting yang perlu anda ketahui mengenainya.
Video #8 - Feedback
Bahagian 2
(2 minit dan 21 saat)
Ini adalah video lanjutan
mengenai feedback di eBay dan
perkara-perkara penting yang perlu anda ketahui mengenainya.
Video #9 - Membida
(4 minit dan 56 saat)
Video ini akan menunjukkan
kepada anda cara untuk membida barangan di portal
eBay Malaysia.
Video #10 - Sumber
Bekalan
(2 minit dan 43 saat)
Di dalam video ini, saya
berkongsi dengan anda laman-laman web yang boleh anda
kunjungi untuk mendapatkan bekalan barangan untuk dijual.
Laman-laman web yang diberikan menyediakan maklumat penjual
yang boleh memberikan barangan berkualiti dan murah untuk
anda. Ada juga di kalangan penjualnya yang memberikan
perkhidmatan drop-shipping.
Video #11 - Analisa
Pasaran
(3 minit dan 45 saat)
Di sini anda akan mempelajari
kepentingan melakukan analisa pasaran untuk barangan yang
ingin anda jual sebelum anda mula menjual. Ini akan
mengelakkan daripada anda menjual barangan yang tidak
popular yang akan mengakibatkan kerugian kepada diri anda.
Saya akan berkongsi dengan anda laman-laman web yang boleh
anda kunjungi di eBay dan perkhidmatan-perkhidmatan luar
yang boleh anda gunakan untuk membantu anda melakukan
analisa pasaran.
Video #12 - Yuran eBay
(4 minit dan 35 saat)
Anda akan mempelajari
jenis-jenis yuran utama yang perlu anda bayar di eBay dan
cara pengiraannya.
Video #13 - Menjual
Bahagian 1
(5 minit dan 24 saat)
Cara paling penting untuk
membuat duit di eBay adalah dengan menjual. Oleh
itu, bermula dari video ini, anda akan diberikan penerangan
terperinci mengenai cara untuk menjual di portal eBay.
Video #14 - Menjual
Bahagian 2
(10 minit dan 3 saat)
Video ini adalah lanjutan
kepada penerangan terperinci mengenai penjualan di portal
eBay.
Video #15 - Menjual
Bahagian 3
(4 minit dan 31 saat)
Video ini adalah lanjutan
kepada penerangan terperinci mengenai penjualan di portal
eBay.
Video #16 - Laman Web
About Me Bahagian 1
(2 minit dan 38 saat)
Di dalam video ini anda akan
mempelajari cara untuk menggunakan laman web About Me anda
di eBay untuk menjana pendapatan yang berterusan untuk diri
anda.
Video #17 - Laman Web
About Me Bahagian 2
(5 minit dan 17 saat)
Ini adalah video lanjutan cara untuk
menggunakan laman web About Me anda di eBay untuk menjana
pendapatan yang berterusan untuk diri anda.
Video #18 - eBay Store
(4 minit dan 45 saat)
Di sini anda akan mempelajari
cara untuk memulakan kedai anda sendiri di dalam portal
eBay.
Video #19 - eBay
Powerseller
(5 minit dan 39 saat)
Video ini akan berkongsi
kepada anda mengenai status penjual hebat di eBay iaitu eBay
Powerseller dan apa yang perlu anda lakukan untuk mencapai
status tersebut.
Video #20 - Laman Web
Classified Ads
(6 minit dan 9 saat)
Di sini anda akan mempelajari
cara untuk menggunakan laman web Classified Ads di eBay
untuk menjual produk digital.
Video #21 - Penutup
(4 minit dan 37 saat)
Ini adalah video penutup kepada
koleksi Video Panduan eBay. Di sini saya akan
berkongsi mengenai apa yang perlu anda lakukan selepas
menonton video panduan ini dan sikap yang perlu anda bina di
dalam menjalankan perniagaan lelongan online.
Video #22 - Auctiva
Bahagian 1
(3 minit dan 8 saat)
Ini adalah video pengenalan
kepada laman web Auctiva yang dapat membantu memudahkan
penjualan anda di portal eBay.
Video #23 - Auctiva
Bahagian 2
(4 minit dan 37 saat)
Ini adalah video cara untuk
mendaftar di laman web Auctiva dan pengenalan kepada menu
utamanya.
Video #24 - Auctiva
Bahagian 3
(4 minit dan 50 saat)
Ini adalah video cara untuk
membuat paparan barangan di eBay dengan menggunakan laman
web Auctiva.
Video #25 - Auctiva
Bahagian 4
(4 minit dan 5 saat)
Ini adalah video pengenalan
kepada perkhidmatan-perkhidmatan utama yang diberikan oleh
laman web Auctiva.
Video #26 - Turbo
Lister
Bahagian 1
(3 minit dan 46 saat)
Ini adalah video pengenalan
kepada perisian Turbo Lister yang diberikan oleh eBay.
Video #27 - Turbo
Lister
Bahagian 2
(6 minit dan 44 saat)
Ini adalah video cara untuk
mula menggunakan perisian Turbo Lister.
Video #28 - Turbo
Lister
Bahagian 3
(4 minit dan 15 saat)
Ini adalah video cara untuk
menghasilkan paparan barangan dengan menggunakan perisian
Turbo Lister.
Video #29 - Turbo
Lister
Bahagian 4
(4 minit dan 25 saat)
Ini adalah sambungan video cara
untuk menghasilkan paparan barangan dengan menggunakan
perisian Turbo Lister.
Video #30 - Turbo
Lister
Bahagian 5
(6 minit dan 9 saat)
Ini adalah video cara untuk
menghasilkan "multiple listing" dan juga cara untuk upload
paparan barangan anda ke portal eBay.
Video #31 - Terapeak Bahagian
1
(2 minit dan 33 saat)
Ini adalah video pengenalan
kepada laman web Terapeak yang boleh anda gunakan untuk
membuat kajian produk dan pasaran di eBay.
Video #32 - Terapeak Bahagian
2
(5 minit dan 54 saat)
Video ini menunjukkan cara
untuk menggunakan perkhidmatan percuma yang diberikan oleh
Terapeak untuk membuat kajian produk di eBay.
Video #33 - Terapeak Bahagian
3
(6 minit dan 4 saat)
Ini adalah video cara untuk
menggunakan perkhidmatan berbayar Terapeak untuk membuat
kajian terperinci mengenai sesuatu produk di eBay.
Video #34 - Terapeak Bahagian
4
(5 minit dan 36 saat)
Ini adalah video cara untuk
menggunakan perkhidmatan berbayar Terapeak untuk membuat
kajian terperinci mengenai penjual-penjual di eBay.
Video #35 - Terapeak Bahagian 5
(6 minit dan 9 saat)
Ini adalah video cara untuk
menggunakan perkhidmatan berbayar Terapeak untuk membuat
kajian terperinci mengenai kategori barangan di eBay.
Video #36 - Terapeak Bahagian
6
(5 minit dan 6 saat)
Ini adalah video cara untuk
menggunakan perkhidmatan berbayar Terapeak untuk membuat
kajian terperinci mengenai barangan terlaris di eBay.
Video #37 - Panduan
Muatnaik Imej Logo dan Header di eBay
(6 minit dan 11 saat)
Ini adalah video cara untuk
memuatnaik imej Logo dan Header anda di eBay.
Video #38 - Strategi
eBay Best Match **BARU**
(6 minit dan 18 saat)
Strategi optimasi jualan produk
anda di eBay agar ianya ditemui oleh enjin carian eBay
berdasarkan algorithm Best Match eBay yang terkini.
Jumlah Durasi
Video: 3 Jam 2 Minit
"Mengapa format video Flash?"
Sudah tentu anda akan bertanya mengapa
saya menghasilkan Video Panduan eBay dalam format video Flash.
Sebenarnya format video tersebut sudah lama digunakan di peringkat
antarabangsa. Cuma kita di Malaysia sahaja yang kurang pendedahan
mengenainya.
Format Flash merupakan salah satu format video yang membolehkan anda
menonton video melalui Internet Browser anda. Anda cuma perlu
menggunakan perisian Adobe Flash untuk membolehkan Internet Browser
memainkan video format flash tersebut. Perisian Adobe Flash boleh didapati
secara percuma dan saya memberikan pautan kepadanya di dalam ruangan
download Video Panduan eBay.
Persoalannya, mengapa saya menggunakan format tersebut?
Jawapannya adalah - pada masa kini ia merupakan cara paling cepat untuk saya berkongsi sebarang video
maklumat terbaru mengenai perkembangan portal eBay kepada anda!
Jika saya menghasilkan format video biasa dalam bentuk VCD atau DVD, sudah
tentu amat sukar untuk saya memberikan maklumat terbaru kepada anda apabila
anda memerlukannya.
Malah buku-buku saya yang kini berada di pasaran juga sudah terkebelakang
sedikit dari segi isi kandungan walaupun baru sahaja berada di pasaran. Ini
disebabkan oleh pergerakan dunia internet yang begitu cepat.
Oleh kerana itu, saya bertindak menghasilkan Video Panduan eBay dalam
format flash kerana inilah cara terbaik untuk saya membantu memberikan
maklumat terbaru kepada anda secepat yang mungkin.
"Dapatkan Bonus bernilai RM1,500!"
Saya akan memberikan anda bonus bernilai
RM1,500 dengan pelaburan anda seperti berikut:
Bonus #1
"Video
Anda!"
(bernilai
RM1,200)
Saya mementingkan kejayaan pelanggan-pelanggan
saya. Oleh itu, saya akan memberikan anda satu bonus yang amat
bernilai yang tidak akan anda perolehi daripada mana-mana
penjual lain.
Sekiranya setelah menonton kesemua Video Panduan
eBay dan anda mendapati yang masih terdapat perkara lain yang
anda ingin pelajari mengenai eBay, anda boleh
menghubungi saya dan meminta saya untuk menghasilkan video
khas untuk anda tentang perkara lain yang ingin anda pelajari
mengenai portal eBay.*
Buat pengetahuan anda, setiap kali saya dijemput untuk memberikan
ceramah di luar, yuran saya adalah sebanyak RM1,000 sejam. Oleh
itu, peluang hebat untuk mendapatkan video panduan terus
daripada saya amat bernilai bagaikan saya menjadi guru pengajar
khas untuk anda tetapi untuk pelaburan anda yang amat minima.
Bonus #2
"Naik-Taraf
Seumur Hidup"
(bernilai RM300)
Sebagai seorang pembeli Video Panduan eBay,
anda juga akan dapat menikmati
Naik-Taraf Seumur Hidup untuk
siri video ini.
Portal eBay sering berubah apabila
pihak mereka melakukan upgrade dan memperkenalkan fungsi-fungsi
terbaru. Dengan pembelian video panduan ini, anda akan
mendapat naik-taraf kepada video terbaru yang akan saya
keluarkan secara PERCUMA
untuk seumur hidup anda!
Dengan erti kata lain, anda tidak perlu
mengeluarkan sesen pun untuk mendapatkan video-video panduan
terbaru eBay daripada saya selepas ini.
"Ini Jaminan Saya!"
"Jaminan Wang
Dikembalikan Selama 1-TAHUN"
Sebagai membuktikan
keyakinan saya terhadap isi kandungan video panduan ini, saya
memberikan anda
Jaminan Wang Dikembalikan Selama 1 TAHUN. Sekiranya
pada bila-bila masa dalam jangkamasa setahun selepas anda
membeli video ini, anda tidak berpuashati dengan maklumat yang
terdapat di dalamnya, anda boleh menghubungi saya untuk
mendapatkan wang pembelian anda semula 100% Tanpa Sebarang
Persoalan!
TESTIMONIAL
“Sempurna bernyawa!
Itulah yang saya rasai setelah habis menonton kesemua Video
Panduan eBay saudara Eruwan. Video Panduan eBay ini telah
membuatkan saya merasai "sempurna bernyawa" kembali untuk
meneruskan kehidupan bisnes eBay saya.
Sepanjang 5 tahun
mengikuti perkembangan industri internet marketing di
Malaysia, inilah panduan praktikal yang paling memberikan
kesan yang besar kepada diri saya.
Sebelum ini saya ibarat
antara "bernyawa dan tak bernyawa" kerana telah mempersiakan
kelebihan subscription setahun Terapeak bagi eBay.com,
eBay.ca, eBay.co.uk, eBay.com.au, eBay.fr dan eBay.de.
Video panduan Eruwan
ini telah berjaya mendidik saya dengan betul cara
memanfaatkan kajian Terapeak untuk menjana keuntungan
berlipat kali ganda secara konsisten.
Video Panduan
eBay ini WAJIB dimiliki andai kita mahukan keuntungan
berterusan tanpa putus melalui bisnes eBay.
Terima kasih dan
syabas kepada saudara Eruwan. Semoga kita bertemu lagi di
puncak kejayaan. Insya-Allah :)"
Zaharudin Mohamed
Said
Usahawan Internet
www.Zahar2902.com
TESTIMONIAL
“Luar Biasa
Padat & Praktikal!"
"Setakat ini, sudah
lebih dari 2 panduan telah saya miliki, dan Video Panduan
eBay dari saudara Eruwan adalah yang paling LENGKAP!
Dari panduan asas
seperti pengenalan eBay, setup Paypal, memberi feedback dan
keseluruhan fungsi portal sehinggalah kepada panduan
penggunaan tools untuk memantapkan jualan seperti
Terapeak, Turbo Lister dan Auctiva.
Saya menjadi
lebih yakin untuk memulakan perniagaan selepas menonton
panduan ini.
Yang paling menarik,
kesemua panduan ini diajar dengan cara praktikal!
Saya sangat-sangat
mengesyorkan Video Panduan ini untuk para newbie.
Mulakan langkah
anda di eBay dengan yakin!
Amzi,
Bandar Baru Bangi
"Membuat duit di eBay masih lagi mudah...
Walaupun anda belum pernah melakukannya sebelum ini!"
Perkara paling penting di
sini adalah: Portal eBay telah memberikan peluang
yang mudah untuk SESIAPA sahaja memulakan perniagaan internet yang berjaya.
Dengan jumlah pelawat sebanyak 2 juta
pada setiap hari yang membelanjakan melebihi RM310 juta pada setiap hari (lebih
kurang RM7200 pada setiap saat), portal eBay merupakan pasaran yang baik
untuk semua jenis produk.
Cabarannya adalah dalam mempelajari
strategi-strategi dan perubahan-perubahan terbaru di eBay yang akan
membolehkan anda menjana wang secara konsisten di dalam portal tersebut.
... dan juga sentiasa perlu memiliki maklumat
TERKINI mengenai sebarang perubahan TERBARU, supaya anda boleh terus MENJANA
wang walaupun apa jua yang terjadi di eBay. Ini akan membolehkan anda memiliki kelebihan
berbanding pesaing-pesaing terdekat anda.
Oleh kerana itu, saya sangat teruja
untuk berkongsi dengan anda "Video Panduan eBay".
Untuk saya memberikan
komitmen seumur hidup untuk anda merupakan satu cabaran yang besar, tetapi saya yakin yang anda
akan menghargai bantuan saya ini.
Dengan berbekalkan koleksi
video panduan ini, anda tidak perlu lagi bersusah payah mempelajari
cara sebenar untuk membuat duit di eBay.
BERAPA
yang anda sanggup membayar untuk peluang seperti ini?
Jika saya menjualnya kepada anda
pada harga RM1,500, sudah tentu ia merupakan satu tawaran yang
baik untuk anda. Cuba fikirkan:
Bayaran untuk ceramah saya
adalah RM1,000 sejam tetapi anda akan mendapat akses kepada
masa saya untuk seumur hidup anda!
Anda tidak perlu belajar dari bawah dan mendapat kerugian
sekiranya cubaan anda tidak berjaya.
Anda akan dapat menimba
seluruh pengalaman penjualan saya di eBay dan ditambah dengan pengetahuan pemasaran internet akan dapat
membantu menjana wang yang besar untuk anda dalam masa yang
singkat.
Walaupun anda tidak memiliki
kemahiran berkomputer yang hebat, bantuan saya akan membantu
anda untuk berdiri sama tinggi dengan penjual lain yang mempunyai kemahiran yang lebih banyak dari anda.
Secara
ringkasnya, anda cuma perlu menonton video ini mengikut
kesesuaian dan masa anda dan masih mampu memiliki pengetahuan
yang lengkap untuk membantu anda mencapai kejayaan di portal
eBay!
Ini satu berita yang BAIK...
Saya tidak akan menjualnya pada harga
RM1,500.
Saya juga tidak akan menjualnya
kepada anda pada harga RM800.
Jauh sekali...
Ia cuma memerlukan pelaburan
anda sebanyak...
RM1,500RM800 RM150
Memang betul! Cuma RM1,500RM150
dan anda sudah boleh mendapatkan koleksi video ini secara
download selepas pembayaran dibuat oleh anda dan mendapat
bantuan utama daripada saya selepas ini.
Oleh itu, anda perlu bertindak sekarang
supaya anda boleh menjadi penjual hebat seterusnya di portal
eBay!
Video Panduan eBay
Klik di
sini untuk pembayaran:
(ruangan download akan diberikan
selepas pengesahan pembayaran)
Salam kejayaan,
Gerry
Eruwan
Gerry Norsen
P.S.
Saya menjamin yang anda akan mendapati bahawa semua maklumat
yang terkandung di dalam Video Panduan eBay adalah berguna
dan akan dapat membantu untuk mengembangkan perniagaan lelongan
online anda sehingga berjaya. Anda akan mendapat beratus-ratus kali
ganda harga pelaburan kecil anda untuk mendapatkan video ini. Saya
memberikan Jaminan Pembelian Tanpa Risiko untuk mendapatkan
video ini memandangkan saya menjanjikan 100%
Wang Dikembalikan selama 1 TAHUN - sekiranya anda tidak
berpuashati dengan isi kandungan video ini, saya akan mengembalikan
100% wang pembelian anda tanpa sebarang persoalan.
P.P.S.
Ingat! Memandangkan saya menawarkan video ini
beserta bonus-bonus hebat bernilai RM1,500 kepada anda, saya
cuma boleh memberikan tawaran ini untuk satu
jangkamasa yang terhad. Dalam pada itu,
adalah sangat penting untuk anda membeli
video panduan
ini sekarang supaya perniagaan lelongan
online anda akan lebih berjaya selepas ini! Beli SEKARANG!
NOTA:
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player
untuk menonton video-video tersebut. Sekiranya anda
tidak memiliki perisian tersebut di dalam komputer anda,
maka anda boleh mendapatkannya daripada laman web Adobe
secara PERCUMA. Pautan kepada perisian tersebut
juga akan saya berikan di dalam ruangan download video.
Logo
eBay yang dipaparkan merupakan hakmilik eBay Inc.