Blog Rahsia Raja Lelong » lelong

Selamat Tahun Baru 2012
Selamat datang ke tahun baru 2012!

Kita sudah pun hampir kepada penghujung minggu pertama untuk tahun baru ini.

Bagaimana dengan azam tahun baru anda?

Sudahkah anda berfikir secara mendalam tentang apa yang ingin anda capai untuk tahun ini?

Jika belum, saya harap anda jangan berlengah lagi. Pastikan yang anda siap menentukan azam tahun baru anda dalam minggu pertama ini.

Setelah itu, tulislah azam tahun baru anda itu di atas kertas atau di atas kadbod dan tampal di sesuatu ruang yang mudah untuk anda melihatnya pada setiap hari.

Janganlah menyembunyikan di dalam laci dan membiarkannya di situ.

Lihatlah azam yang telah anda tulis itu selalu dan Insya-Allah ia akan menjadi sumber motivasi anda pada setiap kali anda melihatnya.

Saya juga mempunyai azam saya yang tersendiri untuk tahun baru ini.

Pada tahun ini, saya bertekad untuk berkongsi lebih banyak maklumat yang berguna untuk membantu anda mencapai kejayaan. Maklumat ini saya akan kongsikan dengan anda di dalam newsletter di dalam email, laporan dalam bentuk pdf, di blog, di Facebook dan juga melalui video di laman web saya.

Selain itu, saya ingin menyiapkan beberapa projek saya yang sudah terbengkalai semenjak tahun yang lepas. Pada tahun yang lepas, saya agak sibuk sedikit dengan beberapa perkara dan banyak projek saya yang sepatutnya disiapkan pada tahun lepas tidak dapat disiapkan seperti sepatutnya.

Oleh itu, pada tahun ini saya bertekad untuk menyiapkannya juga.

Bermula pada tahun ini, saya akan menghasilkan lebih banyak produk yang berada di luar niche Lelong dan eBay. Bukan disebabkan saya ingin meninggalkan portal Lelong atau eBay tetapi lebih kepada saya ingin mengembangkan lagi perniagaan saya untuk menyentuh pelbagai niche lain di dalam dunia perniagaan internet.

Saya berpendapat yang saya sudah menyentuh hampir kesemua aspek yang saya boleh tentang perniagaan internet di portal Lelong dan eBay.

Berikut adalah senarai produk-produk saya yang berkaitan portal Lelong dan eBay sehingga kini:

Buku Rahsia Raja Lelong – Pendedahan rahsia untuk mencapai kejayaan di portal Lelong

Video Panduan Lelong – Rujukan dalam bentuk video untuk mencapai kejayaan di portal Lelong

Video Panduan eBay – Rujukan dalam bentuk video untuk mencapai kejayaan di portal eBay

Buku Rahsia Jutawan Lelong – Pendedahan strategi kejayaan advan untuk portal Lelong dan eBay

Pakej Automatic eBay Powerseller – Pendedahan rahsia cara menjana pendapatan secara 100% otomatik di portal eBay.

Pakej Jana Trafik eBay – Pendedahan rahsia menjana trafik tanpa henti daripada portal eBay ke mana-mana laman web di dalam dan juga luar portal eBay.

Buku Awas! Trik Penipu di eBay – Pendedahan penipuan yang kerap dilakukan oleh pembeli dan penjual di portal eBay dan bagaimana untuk mengelakkannya.

Pakej Import Dari China – Panduan mendapat bekalan barangan yang murah dan berkualiti untuk dijual semula di portal Lelong, eBay dan juga di laman web anda sendiri.

Secara ringkasnya, saya telah menyentuh hampir keseluruhan perkara penting untuk membantu anda untuk berjaya di portal Lelong dan eBay di dalam kesemua produk saya di atas. Saya merasakan yang saya sudah mencurahkan segala ilmu yang saya miliki di dalam setiap produk tadi.

Oleh itu, saya ingin mengembangkan perkongsian saya kepada niche-niche lain yang boleh membantu anda untuk mencapai kejayaan di dalam dunia internet!

Berikut adalah di antara beberapa produk utama yang Insya-Allah akan saya keluarkan di sepanjang tahun ini (nama produk terpaksa dirahsiakan buat masa ini):

Pakej U_____ M_____ G_______ – Strategi bagaimana untuk menjana keuntungan sehingga 5-Angka sebulan secara part-time.

Laman Ahli MRR M_____ – Sumber pakej eBook MRR (Master Resell Rights) bulanan anda.

Pakej H_____ W______ – Strategi bagaimana saya menjana wang secara konsisten pada setiap bulan melalui internet dengan menggunakan strategi mudah ini.

Laman Ahli J____ U_____ I______ – Sumber rujukan utama anda untuk membina perniagaan internet yang sebenar dengan penerapan elemen belajar sambil beramal.

Saya sedang dalam proses menghasilkan kesemua produk di atas secara berperingkat dan saya akan maklumkan kepada anda pelancarannya apabila sudah tiba masa yang sesuai nanti.

Tiada sebarang unsur hype di dalam penghasilan produk-produk tersebut. Kesemuanya adalah hasil daripada pengalaman dan pengetahuan saya sendiri di dalam dunia internet untuk membantu anda untuk berjaya.

Jika anda mempunyai sebarang permintaan untuk saya membantu anda di dalam sebarang aspek untuk tahun 2012 ini, sila maklumkan kepada saya. Insya-Allah saya akan cuba membantu anda dengan sebaik yang mungkin.

Saya doakan semoga anda sihat dan mencapai kejayaan di dalam kehidupan anda untuk tahun 2012 ini.

Salam hormat & salam kejayaan!

Kepentingan Watermark Gambar
Pada kali ini saya ini berkongsi tentang kepentingan penggunaan watermark atau penanda untuk gambar-gambar anda.

Apa itu watermark?

Watermark adalah penanda yang anda letak pada gambar untuk menunjukkan bahawa anda merupakan pemilik gambar tersebut. Sebagai contoh, gambar berikut mempunyai watermark saya padanya:

Gambar di atas adalah gambar saya bersama Dato’ Dr. Hj Mohd. Fadzilah Kamsah. Seperti yang dapat anda lihat pada gambar tersebut, watermark saya adalah “(c) RahsiaRajaLelong.com“. Ini adalah untuk menegaskan bahawa gambar tersebut adalah milik saya dan saya menggunakan watermark alamat laman web saya padanya.

Mengapa penggunaan watermark penting di dalam perniagaan internet anda?

Seperti mana yang anda sedia maklum, sebarang gambar yang anda letak di dalam dunia online boleh dilihat oleh orang lain.

Apabila ianya boleh dilihat oleh orang lain, maka ianya juga bermaksud yang gambar tersebut boleh diambil dan di-download dengan mudah oleh orang lain.

Pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab boleh dengan mudah menyalahgunakan imej anda untuk sebarang niat mereka yang lain.

Perkara ini telah saya alami sendiri baru-baru ini. Ada individu yang telah menggunakan gambar yang telah saya ambil bersama Jutawan dari Singapura iaitu Abg Abu untuk dipaparkan di dalam laman web mereka untuk satu skim cepat kaya. Dengan adanya gambar tersebut, konon-kononnya saya dan Abg Abu approve akan skim cepat kaya tersebut. Walhal saya dan Abg Abu langsung tidak tahu menahu tentang skim tersebut dan jika kami tahu, sudah pasti kami akan menentang penggunaan gambar kami itu dan penyertaan di dalam skim tersebut.

Inilah gambar yang telah disalahgunakan sebelum ini, tetapi gambar ini telah saya tambah dengan watermark yang mana sebelum ini tidak ada:

Pada kebiasaannya cuma gambar-gambar untuk penjualan di eBay saja akan saya tambah dengan watermark kerana gambar-gambar tersebut selalunya akan menjadi mangsa pencurian sekiranya tidak dijaga dengan betul. Gambar-gambar seperti di atas memang tidak pernah saya tambah dengan watermark kerana berpendapat bahawa tidak ada orang yang mahu menggunakannya selain saya.

Namun demikian, setelah peristiwa buruk tersebut, saya kini lebih berhati-hati dengan gambar-gambar posing seperti di atas.

Persoalan seterusnya, bilakah perlu anda gunakan watermark untuk gambar anda?

Secara mudahnya, anda perlu menggunakan watermark jika gambar anda adalah gambar yang unik.

Sebagai contoh, jika anda merupakan seorang penjual di portal eBay atau Lelong dan barang yang anda jual adalah unik dan tidak dijual oleh orang lain, maka lebih baik jika anda menggunakan watermark.

Selain itu, jika anda menjual barang yang juga dijual oleh orang lain pun, anda masih boleh menggunakan watermark lebih-lebih lagi jika anda mengambil gambar barang dengan sendiri dan tidak menggunakan stock-photo atau gambar stok yang telah diberikan oleh penghasil produk tersebut.

Boleh jadi gambar yang anda ambil sendiri itu nampak lebih baik daripada gambar stock-photo dan gambar tersebut sudah pastik akan menjadi sasaran penting jika anda tidak menambahkan watermark padanya. Berdasarkan pengalaman, sudah banyak kali pencurian gambar-gambar saya berlaku semasa awal-awal penglibatan saya di dalam dunia eBay kerana saya tidak menggunakan watermark.

Oleh itu, anda perlu memastikan seboleh-bolehnya anda menggunakan watermark untuk sebarang gambar yang anda paparkan di dalam dunia online sama ada di portal Lelong, eBay, laman web anda sendiri, di laman web perkongsian gambar seperti Photobucket atau gambar-gambar yang anda paparkan di Facebook. Anda boleh menghasilkan satu watermark yang mudah dengan menggunakan perisian editing gambar seperti Paint dan juga Photoshop.

Anda perlu beringat sebelum terkena. Jangan sampai anda mendapati gambar-gambar yang telah anda susah payah untuk ambil disalahgunakan oleh individu atau pihak lain untuk kepentingan mereka sendiri.

Sehingga berjumpa lagi di lain kesempatan, salam hormat dan salam kejayaan!