Blog Rahsia Raja Lelong » jutawan

Kepentingan Watermark Gambar
Pada kali ini saya ini berkongsi tentang kepentingan penggunaan watermark atau penanda untuk gambar-gambar anda.

Apa itu watermark?

Watermark adalah penanda yang anda letak pada gambar untuk menunjukkan bahawa anda merupakan pemilik gambar tersebut. Sebagai contoh, gambar berikut mempunyai watermark saya padanya:

Gambar di atas adalah gambar saya bersama Dato’ Dr. Hj Mohd. Fadzilah Kamsah. Seperti yang dapat anda lihat pada gambar tersebut, watermark saya adalah “(c) RahsiaRajaLelong.com“. Ini adalah untuk menegaskan bahawa gambar tersebut adalah milik saya dan saya menggunakan watermark alamat laman web saya padanya.

Mengapa penggunaan watermark penting di dalam perniagaan internet anda?

Seperti mana yang anda sedia maklum, sebarang gambar yang anda letak di dalam dunia online boleh dilihat oleh orang lain.

Apabila ianya boleh dilihat oleh orang lain, maka ianya juga bermaksud yang gambar tersebut boleh diambil dan di-download dengan mudah oleh orang lain.

Pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab boleh dengan mudah menyalahgunakan imej anda untuk sebarang niat mereka yang lain.

Perkara ini telah saya alami sendiri baru-baru ini. Ada individu yang telah menggunakan gambar yang telah saya ambil bersama Jutawan dari Singapura iaitu Abg Abu untuk dipaparkan di dalam laman web mereka untuk satu skim cepat kaya. Dengan adanya gambar tersebut, konon-kononnya saya dan Abg Abu approve akan skim cepat kaya tersebut. Walhal saya dan Abg Abu langsung tidak tahu menahu tentang skim tersebut dan jika kami tahu, sudah pasti kami akan menentang penggunaan gambar kami itu dan penyertaan di dalam skim tersebut.

Inilah gambar yang telah disalahgunakan sebelum ini, tetapi gambar ini telah saya tambah dengan watermark yang mana sebelum ini tidak ada:

Pada kebiasaannya cuma gambar-gambar untuk penjualan di eBay saja akan saya tambah dengan watermark kerana gambar-gambar tersebut selalunya akan menjadi mangsa pencurian sekiranya tidak dijaga dengan betul. Gambar-gambar seperti di atas memang tidak pernah saya tambah dengan watermark kerana berpendapat bahawa tidak ada orang yang mahu menggunakannya selain saya.

Namun demikian, setelah peristiwa buruk tersebut, saya kini lebih berhati-hati dengan gambar-gambar posing seperti di atas.

Persoalan seterusnya, bilakah perlu anda gunakan watermark untuk gambar anda?

Secara mudahnya, anda perlu menggunakan watermark jika gambar anda adalah gambar yang unik.

Sebagai contoh, jika anda merupakan seorang penjual di portal eBay atau Lelong dan barang yang anda jual adalah unik dan tidak dijual oleh orang lain, maka lebih baik jika anda menggunakan watermark.

Selain itu, jika anda menjual barang yang juga dijual oleh orang lain pun, anda masih boleh menggunakan watermark lebih-lebih lagi jika anda mengambil gambar barang dengan sendiri dan tidak menggunakan stock-photo atau gambar stok yang telah diberikan oleh penghasil produk tersebut.

Boleh jadi gambar yang anda ambil sendiri itu nampak lebih baik daripada gambar stock-photo dan gambar tersebut sudah pastik akan menjadi sasaran penting jika anda tidak menambahkan watermark padanya. Berdasarkan pengalaman, sudah banyak kali pencurian gambar-gambar saya berlaku semasa awal-awal penglibatan saya di dalam dunia eBay kerana saya tidak menggunakan watermark.

Oleh itu, anda perlu memastikan seboleh-bolehnya anda menggunakan watermark untuk sebarang gambar yang anda paparkan di dalam dunia online sama ada di portal Lelong, eBay, laman web anda sendiri, di laman web perkongsian gambar seperti Photobucket atau gambar-gambar yang anda paparkan di Facebook. Anda boleh menghasilkan satu watermark yang mudah dengan menggunakan perisian editing gambar seperti Paint dan juga Photoshop.

Anda perlu beringat sebelum terkena. Jangan sampai anda mendapati gambar-gambar yang telah anda susah payah untuk ambil disalahgunakan oleh individu atau pihak lain untuk kepentingan mereka sendiri.

Sehingga berjumpa lagi di lain kesempatan, salam hormat dan salam kejayaan!