Blog Rahsia Raja Lelong » affiliate

3 Kunci Utama Kejayaan Usahawan Affiliate
Program affiliate di dalam dunia perniagaan internet memberikan satu cara mudah untuk anda menjana wang. Anda sudah tidak perlu menghasilkan sebarang produk fizikal atau digital. Anda cuma perlu bertindak sebagai seorang promoter atau jurujual untuk seseorang pemilik produk dan apabila terdapat jualan, anda akan mendapat komisyen daripada jualan tersebut.

Di dalam artikel ini, saya ingin berkongsi dengan anda 3 Kunci Utama yang bakal menentukan kejayaan anda sebagai seorang affiliate:

1. Produk, Kandungan & Trafik Berkaitan

Kejayaan anda sebagai seorang affiliate akan banyak bergantung kepada Conversion Rate anda atau secara mudahnya – kebolehan untuk menjadikan setiap orang yang melihat promosi produk affiliate anda kepada seorang pembeli. Lebih tinggi conversion rate anda maka akan lebih banyak komisyen affiliate yang boleh anda perolehi.

Oleh itu, langkah paling penting untuk mencapai conversion rate yang tinggi adalah dengan memastikan anda mempromosikan produk yang sesuai, dengan cara promosi atau kandungan promosi yang sesuai kepada individu yang sesuai. Jika salah satu daripada hubungan ini tidak dipatuhi, maka sudah pasti anda tidak akan mampu membuat jualan yang baik.

Sebagai contoh, anda sedang mempromosikan satu produk affiliate tentang menguruskan badan tetapi anda telah mempromosikannya kepada orang-orang yang sememangnya sudah kurus, maka sudah tentu tidak ada orang yang akan berminat dengan produk itu.

Sama juga halnya jika anda mempromosikan peralatan memancing ikan, tetapi anda mempromosikannya di dalam majalah Mingguan Wanita, sudah pasti kandungannya tidak sesuai dengan pembaca majalah tersebut.

Oleh itu, sebelum anda mempromosikan sebarang produk affiliate, anda perlu mempunyai gambaran yang jelas produk affiliate yang ingin anda promosikan, kandungan promosi apa yang ingin anda paparkan dan kepada golongan mana yang sesuai untuk anda promosikan produk affiliate tersebut.

Jika anda jelas tentang kesemua perkara ini, maka conversion rate anda akan lebih tinggi dan akan lebih mudah untuk anda menjana komisyen sebagai seorang affiliate.

2. Kejujuran Program Affiliate

Apa yang saya maksudkan di sini adalah lebih kepada kejujuran pemilik produk yang menganjurkan program affiliate tersebut.

Anda harus faham bahawa program affiliate yang anda sertai membabitkan anda bertindak sebagai jurujual kepada produk milik orang lain. Setiap produk yang terjual akan memberikan komisyen affiliate untuk anda.

Sudah pasti diakhir usaha promosi itu, anda ingin mendapat bayaran komisyen yang sewajarnya. Oleh itu, amatlah penting untuk anda memilih program affiliate yang jujur dan anda yakin akan kredibiliti penganjur program affiliate tersebut.

Di sepanjang penglibatan saya di dalam dunia perniagaan internet, saya sudah banyak kali terbaca mengenai pemilik program affiliate yang langsung tidak membuat bayaran yang sepatutnya kepada para affiliate. Setelah si affiliate berpenat-lelah berusaha untuk mempromosikan produk tersebut, di akhir promosi si pemilik produk terus berdiam dan langsung tidak memberikan komisyen kepada affiliatenya. Malah pernah sekali saya juga menjadi mangsa kepada pemilik produk yang tidak bertanggungjawab seperti ini!

Oleh itu, sebaik-baiknya sebelum menyertai sebarang program affiliate, pastikan yang anda melakukan review tentang pemilik produk dan program affiliate tersebut. Buat carian mengenai pemilik produk tersebut dan periksa latarbelakangnya. Adakah dia mempunyai kes-kes affiliate lain sebelum ini atau sebarang masalah lain?

Jika carian anda memberangsangkan, maka anda boleh menyertai programnya. Jika terdapat perkara-perkara yang boleh dipertikaikan dan anda ragu-ragu, lebih baik untuk tidak menyertai programnya. Seperti peribahasa – “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya”.

Pastikan anda cuma menyertai program affiliate yang dianjurkan oleh pemilik produk yang boleh dipercayai.

3. Kredibiliti Anda

Perkara terakhir yang akan banyak membantu anda sebagai seorang affiliate adalah kredibiliti anda di mata orang lain.

Kredibiliti anda ini akan banyak bergantung kepada sejauh mana orang lain akan mempercayai kata-kata anda sebagai seorang individu.

Jika orang lain selalu berpegang kepada kata-kata anda dan menganggap anda merupakan seorang yang jujur dan pakar di dalam bidang anda. Maka selalunya apa jua produk affiliate yang anda promosikan akan mampu menarik minat mereka untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Jika orang lain tidak mengenali anda dan sentiasa ragu-ragu di dalam menerima kata-kata anda, maka sudah pasti akan lebih sukar untuk anda mempromosikan sebarang produk affiliate kepada mereka.

Oleh itu, anda perlu berusaha untuk meningkatkan kredibiliti anda di mata orang lain lebih-lebih lagi jika anda ingin kekal lama di dalam dunia perniagaan internet yang mencabar ini.

Di antara cara mudah untuk meningkatkan kredibiliti anda adalah dengan sentiasa mencari peluang untuk bergaul dan network bersama pakar-pakar lain yang berada di dalam bidang yang anda minati.

Sebagai contoh, jika anda berminat tentang perniagaan internet berbentuk affiliate, cubalah mencari peluang untuk berkenal-kenalan dengan usahawan-usahawan affiliate hebat yang anda kenali. Cuba cari peluang untuk berkomunikasi dengan mereka, menyertai program mereka dan juga mengambil gambar bersama mereka.

Dengan berbuat demikian, secara tidak langsung anda akan dapat meminjam kredibiliti mereka dan orang lain akan menganggap anda juga mempunyai kredibiliti yang sama dengan pakar tersebut.

Namun demikian, harus saya ingatkan di sini bahawa hubungan yang anda bina dengan pakar tersebut perlulah tulen dan jujur. Bukannya atas dasar ingin mengambil kesempatan di atas kejujuran pakar tersebut.

Jika anda mampu membina perhubungan dan network dengan pakar-pakar disekitar anda maka sudah pasti kredibiliti anda sendiri akan meningkat dalam jangkamasa panjang dan orang lain akan lebih bersedia untuk mendengar sebarang saranan dan promosi yang anda lakukan selepas itu.

Itulah 3 Kunci Utama yang boleh membantu anda untuk berjaya sebagai seorang Usahawan Affiliate.

Saya doakan yang anda mencapai kejayaan yang lebih hebat sebagai seorang affiliate dengan mengaplikasikan kunci-kunci utama tadi.

Salam hormat dan salam kejayaan!