Blog Rahsia Raja Lelong

Pengajaran Di Sebalik Wardina Disamun
Saya pasti yang anda ada terbaca atau terdengar berita mengenai ikon terkenal Malaysia iaitu Wardina Safiyyah telah disamun di rumahnya baru-baru ini. Anda boleh membaca mengenai kejadian tersebut di laman web Facebook beliau di sini.

Ia merupakan satu pengalaman yang mengerikan untuk keluarga mereka dan saya doakan semoga mereka dapat bersabar di dalam menghadapi ujian daripada Allah S.W.T ini.

Terlalu banyak perkongsian dan ilmu baik yang telah beliau kongsikan di dalam artikel beliau mengenai kejadian tersebut. Saya sarankan anda membacanya sendiri untuk mengetahuinya.

Saya tertarik kepada satu kenyataan di dalam perkongsian Wardina mengenai kejadian tersebut iaitu:

“Seorang lagi rakannya (maksudnya pencuri tersebut) berhenti dihadapan rak buku kami. Itulah harta saya, buku yang tersusun rapi. Rak demi rak buku didalam kamar. Itulah saja ‘harta’ saya. Ilmu itu emas bagiku.”

Cuba kita renungkan kenyataan Wardina di atas. Adakah kita sendiri mempunyai tanggapan yang sama dengan Wardina tentang buku? Bagi Wardina, buku itulah hartanya kerana ia mengandungi ilmu.

Cuba kita lihat diri kita sendiri, adakah kita mempunyai tanggapan yang sama?

Jika sama, Alhamdulillah. Jika tidak sama, anda boleh berusaha agar dapat mencapai tanggapan yang sama.

Sudah semestinya ilmu yang telah Wardina perolehi daripada kesemua buku yang telah dibacanya jauh lebih bernilai daripada semua wang dan harta yang dimilikinya.

Dengan ilmu yang kita miliki, wang dan harta boleh dicari semula. Tetapi jika ilmu itu tidak ada atau hilang, maka sudah pasti kita tidak boleh mencapai satu kedudukan yang lebih baik daripada sebelumnya di dalam kehidupan kita.

Tanggapan yang sama seperti Wardina perlu kita sematkan di dalam jiwa kita sebagai seorang usahawan internet. Kita perlu sentiasa mengejar ilmu sebagai “harta” kita.

Ilmu internet sama seperti ilmu-ilmu yang lain. Perlu ada usaha untuk mencari dan mempelajarinya agar kita boleh menguasainya.

Terdapat banyak cara untuk menimba ilmu tetapi pada saya cara yang paling mudah dan murah adalah dengan membaca buku. Terdapat beribu-ribu buku di pasaran yang boleh memberikan ilmu kepada kita. Lebih-lebih lagi mengenai perniagaan internet.

Jika dilihat dari segi dunia internet, sudah terdapat banyak buku maya yang boleh kita beli dan baca secara online dalam format pdf. Format baru ini memudahkan kita untuk menimba ilmu daripada buku dengan mudah walaupun di mana jua kita berada.

Lebih banyak kita membaca, maka akan lebih bertambahlah pengetahuan kita.

Dengan bertambahnya pengetahuan kita, maka ia akan memudahkan kita untuk bertindak.

Dengan bertindak, maka pintu kejayaan akan lebih dekat kepada kita.

Oleh itu, dengan perkongsian ringkas ini, saya berharap yang anda juga akan terus menimba ilmu melalui buku di dalam usaha anda untuk mencapai kejayaan di dalam dunia perniagaan internet. Saya akan sentiasa mendoakan kejayaan anda di dalam perniagaan internet anda.

Salam hormat dan salam kejayaan!

Selamat Tahun Baru 2012
Selamat datang ke tahun baru 2012!

Kita sudah pun hampir kepada penghujung minggu pertama untuk tahun baru ini.

Bagaimana dengan azam tahun baru anda?

Sudahkah anda berfikir secara mendalam tentang apa yang ingin anda capai untuk tahun ini?

Jika belum, saya harap anda jangan berlengah lagi. Pastikan yang anda siap menentukan azam tahun baru anda dalam minggu pertama ini.

Setelah itu, tulislah azam tahun baru anda itu di atas kertas atau di atas kadbod dan tampal di sesuatu ruang yang mudah untuk anda melihatnya pada setiap hari.

Janganlah menyembunyikan di dalam laci dan membiarkannya di situ.

Lihatlah azam yang telah anda tulis itu selalu dan Insya-Allah ia akan menjadi sumber motivasi anda pada setiap kali anda melihatnya.

Saya juga mempunyai azam saya yang tersendiri untuk tahun baru ini.

Pada tahun ini, saya bertekad untuk berkongsi lebih banyak maklumat yang berguna untuk membantu anda mencapai kejayaan. Maklumat ini saya akan kongsikan dengan anda di dalam newsletter di dalam email, laporan dalam bentuk pdf, di blog, di Facebook dan juga melalui video di laman web saya.

Selain itu, saya ingin menyiapkan beberapa projek saya yang sudah terbengkalai semenjak tahun yang lepas. Pada tahun yang lepas, saya agak sibuk sedikit dengan beberapa perkara dan banyak projek saya yang sepatutnya disiapkan pada tahun lepas tidak dapat disiapkan seperti sepatutnya.

Oleh itu, pada tahun ini saya bertekad untuk menyiapkannya juga.

Bermula pada tahun ini, saya akan menghasilkan lebih banyak produk yang berada di luar niche Lelong dan eBay. Bukan disebabkan saya ingin meninggalkan portal Lelong atau eBay tetapi lebih kepada saya ingin mengembangkan lagi perniagaan saya untuk menyentuh pelbagai niche lain di dalam dunia perniagaan internet.

Saya berpendapat yang saya sudah menyentuh hampir kesemua aspek yang saya boleh tentang perniagaan internet di portal Lelong dan eBay.

Berikut adalah senarai produk-produk saya yang berkaitan portal Lelong dan eBay sehingga kini:

Buku Rahsia Raja Lelong – Pendedahan rahsia untuk mencapai kejayaan di portal Lelong

Video Panduan Lelong – Rujukan dalam bentuk video untuk mencapai kejayaan di portal Lelong

Video Panduan eBay – Rujukan dalam bentuk video untuk mencapai kejayaan di portal eBay

Buku Rahsia Jutawan Lelong – Pendedahan strategi kejayaan advan untuk portal Lelong dan eBay

Pakej Automatic eBay Powerseller – Pendedahan rahsia cara menjana pendapatan secara 100% otomatik di portal eBay.

Pakej Jana Trafik eBay – Pendedahan rahsia menjana trafik tanpa henti daripada portal eBay ke mana-mana laman web di dalam dan juga luar portal eBay.

Buku Awas! Trik Penipu di eBay – Pendedahan penipuan yang kerap dilakukan oleh pembeli dan penjual di portal eBay dan bagaimana untuk mengelakkannya.

Pakej Import Dari China – Panduan mendapat bekalan barangan yang murah dan berkualiti untuk dijual semula di portal Lelong, eBay dan juga di laman web anda sendiri.

Secara ringkasnya, saya telah menyentuh hampir keseluruhan perkara penting untuk membantu anda untuk berjaya di portal Lelong dan eBay di dalam kesemua produk saya di atas. Saya merasakan yang saya sudah mencurahkan segala ilmu yang saya miliki di dalam setiap produk tadi.

Oleh itu, saya ingin mengembangkan perkongsian saya kepada niche-niche lain yang boleh membantu anda untuk mencapai kejayaan di dalam dunia internet!

Berikut adalah di antara beberapa produk utama yang Insya-Allah akan saya keluarkan di sepanjang tahun ini (nama produk terpaksa dirahsiakan buat masa ini):

Pakej U_____ M_____ G_______ – Strategi bagaimana untuk menjana keuntungan sehingga 5-Angka sebulan secara part-time.

Laman Ahli MRR M_____ – Sumber pakej eBook MRR (Master Resell Rights) bulanan anda.

Pakej H_____ W______ – Strategi bagaimana saya menjana wang secara konsisten pada setiap bulan melalui internet dengan menggunakan strategi mudah ini.

Laman Ahli J____ U_____ I______ – Sumber rujukan utama anda untuk membina perniagaan internet yang sebenar dengan penerapan elemen belajar sambil beramal.

Saya sedang dalam proses menghasilkan kesemua produk di atas secara berperingkat dan saya akan maklumkan kepada anda pelancarannya apabila sudah tiba masa yang sesuai nanti.

Tiada sebarang unsur hype di dalam penghasilan produk-produk tersebut. Kesemuanya adalah hasil daripada pengalaman dan pengetahuan saya sendiri di dalam dunia internet untuk membantu anda untuk berjaya.

Jika anda mempunyai sebarang permintaan untuk saya membantu anda di dalam sebarang aspek untuk tahun 2012 ini, sila maklumkan kepada saya. Insya-Allah saya akan cuba membantu anda dengan sebaik yang mungkin.

Saya doakan semoga anda sihat dan mencapai kejayaan di dalam kehidupan anda untuk tahun 2012 ini.

Salam hormat & salam kejayaan!

Kitaran Kejayaan Usahawan Internet
Kehidupan seorang usahawan internet akan mengikut satu kitaran yang saya panggil sebagai Kitaran Kejayaan Usahawan Internet. Kitaran kejayaan ini merupakan satu kitaran yang boleh menjadi penentu sama ada anda akan mencapai kejayaan di dalam perniagaan internet atau pun tidak.

Memandangkan tirai tahun 2011 akan berlabuh tidak lama lagi dan tahun 2012 pula akan menjelang, saya berpendapat bahawa inilah masa yang terbaik untuk kita sama-sama menilai di mana kita berada di dalam kitaran kejayaan ini. Jika kita sudah tahu di mana kita berada menjelang penghujung tahun 2011 ini, maka akan lebih mudah untuk kita memulakan perancangan untuk mencapai tahap kejayaan yang seterusnya di tahun 2012.

Secara ringkasnya, Kitaran Kejayaan Usahawan Internet terbahagi kepada 4 bahagian utama iaitu:

Bahagian Pertama – Peningkatan Pengetahuan & Pengalaman

Bahagian Kedua – Peningkatan Pendapatan & Keuntungan

Bahagian Ketiga – Kestabilan Pendapatan & Keuntungan

Bahagian Keempat – Penurunan Pendapatan & Keuntungan

Setiap bahagian di dalam kitaran ini berkait rapat di antara satu dengan lain. Gambarajah kitaran ini adalah seperti berikut:

Biar saya berikan penerangan yang lebih lanjut mengenai setiap bahagian agar lebih membantu pengetahuan anda.

Bahagian Pertama – Peningkatan Pengetahuan & Pengalaman

Peringkat ini merupakan peringkat di mana semua orang yang ingin menceburi sesuatu model perniagaan internet akan memulakan perjalanan mereka. Ia juga sering dikenali sebagai tahap newbie.

Di dalam peringkat ini, kita sebagai seorang usahawan internet baru, perlu mempelajari segala-galanya yang perlu untuk membantu kita di dalam mencapai kejayaan di dalam model perniagaan internet yang telah kita pilih.

Malangnya, ramai di antara usahawan baru sering berputus-asa di peringkat ini sebelum memiliki pengetahuan yang menyeluruh. Hakikatnya mereka telah berputus asa terlalu pantas dan belum sempat menimba segala pengetahuan dan pengalaman yang mereka perlukan untuk berjaya. Kepada mereka yang cekal dan tidak berputus asa, mereka akan melangkah ke bahagian yang seterusnya.

Bahagian Kedua – Peningkatan Pendapatan & Keuntungan

Jika anda sampai ke peringkat ini, anda akan mula menjana keuntungan. Mungkin anda akan dapat melihat keuntungan RM1 anda yang pertama, RM10 yang pertama atau apa jua nilai lain yang merupakan keuntungan pertama anda di dalam model perniagaan internet yang telah anda ceburi.

Keuntungan pertama anda inilah yang akan menjadi pendorong atau motivasi anda untuk berusaha dengan lebih gigih selepas itu. Dengan usaha yang berterusan, anda akan melihat pendapatan dan keuntungan anda sebagai seorang usahawan internet semakin meningkat.

Pada peringkat ini, keuntungan anda masih lagi tidak stabil dan anda masih sukar untuk menganggar pendapatan & keuntungan kasar yang boleh anda perolehi pada setiap bulan.

Anda masih perlu menyusun strategi untuk menstabilkan pendapatan & keuntungan perniagaan anda.

Bahagian Ketiga – Kestabilan Pendapatan & Keuntungan

Di peringkat ini, anda sudah boleh digelar sebagai “taiko”, “sifu”, “guru” atau sebarang nama glamer lain. Ini bermaksud yang anda sudah mencapai tahap yang stabil di dalam model perniagaan internet yang anda ceburi.

Anda sudah boleh dengan yakin menganggar jumlah pendapatan & keuntungan yang boleh anda perolehi dengan melakukan promosi atau pemasaran yang anda sudah biasa lakukan. Ini akan memudahkan anda untuk merancang strategi perniagaan anda untuk jangkamasa panjang dalam masa satu ke dua tahun yang seterusnya.

Anda juga sudah mula menggunakan kuasa affiliate dan juga kuasa joint-venture di peringkat ini.

Pada tahap ini, anda sudah boleh dianggap sebagai seorang usahawan internet yang sudah berjaya.

Bahagian Keempat – Penurunan Pendapatan & Keuntungan

Apabila anda telah sampai ke bahagian ini, ia bermaksud yang anda sudah sampai ke penghujung strategi penjanaan wang anda. Strategi penjanaan wang atau strategi promosi yang telah anda gunakan sebelum ini tidak lagi memberikan pendapatan atau keuntungan yang baik untuk perniagaan anda.

Ini bermaksud yang anda memerlukan pengetahuan dan strategi baru. Oleh itu, anda perlu menilai semula strategi penjanaan wang yang sedang anda gunakan dan sesuaikannya mengikut peredaran dan perubahan masa. Boleh jadi strategi promosi yang telah anda gunakan sebelum ini sudah dikuasai oleh ramai usahawan lain dan agak sukar untuk menjana wang dengan teknik yang sama. Dengan ini anda perlu mencari strategi baru untuk perniagaan anda.

Ini bermaksud yang anda akan pergi semula ke Bahagian Pertama dan memulakan semula pembelajaran anda untuk menguasai teknik atau strategi baru yang anda ingin aplikasikan untuk perniagaan anda.

Cuma perbezaan di dalam kitaran semula ini adalah prosesnya adalah lebih pantas dan anda boleh melalui Bahagian Pertama dan Bahagian Kedua dengan pantas kerana anda sudah memiliki asas daripada kitaran yang telah anda lalui sebelum ini.

Kini kita sudah hampir sampai ke penghujung tahun 2011. Inilah masa yang terbaik untuk anda menilai di bahagian mana anda berada sekarang.

Adakah anda berada di bahagian pertama, kedua atau seterusnya?

Jika anda baru berada di Bahagian Pertama, anda perlu meneruskan usaha anda. Jika anda berada di Bahagian Kedua, anda perlu terus mengaplikasi apa yang telah anda pelajari. Jika di Bahagian Ketiga, kembangkanlah perniagaan anda dengan sebaik mungkin. Jika kini anda berada di Bahagian Keempat, anda perlu mencari strategi & teknik baru untuk perniagaan anda.

Setelah anda faham keseluruhan kitaran kejayaan ini untuk seorang usahawan internet, saya yakin anda boleh menyiapkan diri anda untuk menghadapi situasi di dalam bahagian yang seterusnya di dalam perjalanan anda untuk tahun 2012.

Saya yakin yang anda pasti akan berjaya!

3 Kunci Utama Kejayaan Usahawan Affiliate
Program affiliate di dalam dunia perniagaan internet memberikan satu cara mudah untuk anda menjana wang. Anda sudah tidak perlu menghasilkan sebarang produk fizikal atau digital. Anda cuma perlu bertindak sebagai seorang promoter atau jurujual untuk seseorang pemilik produk dan apabila terdapat jualan, anda akan mendapat komisyen daripada jualan tersebut.

Di dalam artikel ini, saya ingin berkongsi dengan anda 3 Kunci Utama yang bakal menentukan kejayaan anda sebagai seorang affiliate:

1. Produk, Kandungan & Trafik Berkaitan

Kejayaan anda sebagai seorang affiliate akan banyak bergantung kepada Conversion Rate anda atau secara mudahnya – kebolehan untuk menjadikan setiap orang yang melihat promosi produk affiliate anda kepada seorang pembeli. Lebih tinggi conversion rate anda maka akan lebih banyak komisyen affiliate yang boleh anda perolehi.

Oleh itu, langkah paling penting untuk mencapai conversion rate yang tinggi adalah dengan memastikan anda mempromosikan produk yang sesuai, dengan cara promosi atau kandungan promosi yang sesuai kepada individu yang sesuai. Jika salah satu daripada hubungan ini tidak dipatuhi, maka sudah pasti anda tidak akan mampu membuat jualan yang baik.

Sebagai contoh, anda sedang mempromosikan satu produk affiliate tentang menguruskan badan tetapi anda telah mempromosikannya kepada orang-orang yang sememangnya sudah kurus, maka sudah tentu tidak ada orang yang akan berminat dengan produk itu.

Sama juga halnya jika anda mempromosikan peralatan memancing ikan, tetapi anda mempromosikannya di dalam majalah Mingguan Wanita, sudah pasti kandungannya tidak sesuai dengan pembaca majalah tersebut.

Oleh itu, sebelum anda mempromosikan sebarang produk affiliate, anda perlu mempunyai gambaran yang jelas produk affiliate yang ingin anda promosikan, kandungan promosi apa yang ingin anda paparkan dan kepada golongan mana yang sesuai untuk anda promosikan produk affiliate tersebut.

Jika anda jelas tentang kesemua perkara ini, maka conversion rate anda akan lebih tinggi dan akan lebih mudah untuk anda menjana komisyen sebagai seorang affiliate.

2. Kejujuran Program Affiliate

Apa yang saya maksudkan di sini adalah lebih kepada kejujuran pemilik produk yang menganjurkan program affiliate tersebut.

Anda harus faham bahawa program affiliate yang anda sertai membabitkan anda bertindak sebagai jurujual kepada produk milik orang lain. Setiap produk yang terjual akan memberikan komisyen affiliate untuk anda.

Sudah pasti diakhir usaha promosi itu, anda ingin mendapat bayaran komisyen yang sewajarnya. Oleh itu, amatlah penting untuk anda memilih program affiliate yang jujur dan anda yakin akan kredibiliti penganjur program affiliate tersebut.

Di sepanjang penglibatan saya di dalam dunia perniagaan internet, saya sudah banyak kali terbaca mengenai pemilik program affiliate yang langsung tidak membuat bayaran yang sepatutnya kepada para affiliate. Setelah si affiliate berpenat-lelah berusaha untuk mempromosikan produk tersebut, di akhir promosi si pemilik produk terus berdiam dan langsung tidak memberikan komisyen kepada affiliatenya. Malah pernah sekali saya juga menjadi mangsa kepada pemilik produk yang tidak bertanggungjawab seperti ini!

Oleh itu, sebaik-baiknya sebelum menyertai sebarang program affiliate, pastikan yang anda melakukan review tentang pemilik produk dan program affiliate tersebut. Buat carian mengenai pemilik produk tersebut dan periksa latarbelakangnya. Adakah dia mempunyai kes-kes affiliate lain sebelum ini atau sebarang masalah lain?

Jika carian anda memberangsangkan, maka anda boleh menyertai programnya. Jika terdapat perkara-perkara yang boleh dipertikaikan dan anda ragu-ragu, lebih baik untuk tidak menyertai programnya. Seperti peribahasa – “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya”.

Pastikan anda cuma menyertai program affiliate yang dianjurkan oleh pemilik produk yang boleh dipercayai.

3. Kredibiliti Anda

Perkara terakhir yang akan banyak membantu anda sebagai seorang affiliate adalah kredibiliti anda di mata orang lain.

Kredibiliti anda ini akan banyak bergantung kepada sejauh mana orang lain akan mempercayai kata-kata anda sebagai seorang individu.

Jika orang lain selalu berpegang kepada kata-kata anda dan menganggap anda merupakan seorang yang jujur dan pakar di dalam bidang anda. Maka selalunya apa jua produk affiliate yang anda promosikan akan mampu menarik minat mereka untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Jika orang lain tidak mengenali anda dan sentiasa ragu-ragu di dalam menerima kata-kata anda, maka sudah pasti akan lebih sukar untuk anda mempromosikan sebarang produk affiliate kepada mereka.

Oleh itu, anda perlu berusaha untuk meningkatkan kredibiliti anda di mata orang lain lebih-lebih lagi jika anda ingin kekal lama di dalam dunia perniagaan internet yang mencabar ini.

Di antara cara mudah untuk meningkatkan kredibiliti anda adalah dengan sentiasa mencari peluang untuk bergaul dan network bersama pakar-pakar lain yang berada di dalam bidang yang anda minati.

Sebagai contoh, jika anda berminat tentang perniagaan internet berbentuk affiliate, cubalah mencari peluang untuk berkenal-kenalan dengan usahawan-usahawan affiliate hebat yang anda kenali. Cuba cari peluang untuk berkomunikasi dengan mereka, menyertai program mereka dan juga mengambil gambar bersama mereka.

Dengan berbuat demikian, secara tidak langsung anda akan dapat meminjam kredibiliti mereka dan orang lain akan menganggap anda juga mempunyai kredibiliti yang sama dengan pakar tersebut.

Namun demikian, harus saya ingatkan di sini bahawa hubungan yang anda bina dengan pakar tersebut perlulah tulen dan jujur. Bukannya atas dasar ingin mengambil kesempatan di atas kejujuran pakar tersebut.

Jika anda mampu membina perhubungan dan network dengan pakar-pakar disekitar anda maka sudah pasti kredibiliti anda sendiri akan meningkat dalam jangkamasa panjang dan orang lain akan lebih bersedia untuk mendengar sebarang saranan dan promosi yang anda lakukan selepas itu.

Itulah 3 Kunci Utama yang boleh membantu anda untuk berjaya sebagai seorang Usahawan Affiliate.

Saya doakan yang anda mencapai kejayaan yang lebih hebat sebagai seorang affiliate dengan mengaplikasikan kunci-kunci utama tadi.

Salam hormat dan salam kejayaan!

Kepentingan Watermark Gambar
Pada kali ini saya ini berkongsi tentang kepentingan penggunaan watermark atau penanda untuk gambar-gambar anda.

Apa itu watermark?

Watermark adalah penanda yang anda letak pada gambar untuk menunjukkan bahawa anda merupakan pemilik gambar tersebut. Sebagai contoh, gambar berikut mempunyai watermark saya padanya:

Gambar di atas adalah gambar saya bersama Dato’ Dr. Hj Mohd. Fadzilah Kamsah. Seperti yang dapat anda lihat pada gambar tersebut, watermark saya adalah “(c) RahsiaRajaLelong.com“. Ini adalah untuk menegaskan bahawa gambar tersebut adalah milik saya dan saya menggunakan watermark alamat laman web saya padanya.

Mengapa penggunaan watermark penting di dalam perniagaan internet anda?

Seperti mana yang anda sedia maklum, sebarang gambar yang anda letak di dalam dunia online boleh dilihat oleh orang lain.

Apabila ianya boleh dilihat oleh orang lain, maka ianya juga bermaksud yang gambar tersebut boleh diambil dan di-download dengan mudah oleh orang lain.

Pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab boleh dengan mudah menyalahgunakan imej anda untuk sebarang niat mereka yang lain.

Perkara ini telah saya alami sendiri baru-baru ini. Ada individu yang telah menggunakan gambar yang telah saya ambil bersama Jutawan dari Singapura iaitu Abg Abu untuk dipaparkan di dalam laman web mereka untuk satu skim cepat kaya. Dengan adanya gambar tersebut, konon-kononnya saya dan Abg Abu approve akan skim cepat kaya tersebut. Walhal saya dan Abg Abu langsung tidak tahu menahu tentang skim tersebut dan jika kami tahu, sudah pasti kami akan menentang penggunaan gambar kami itu dan penyertaan di dalam skim tersebut.

Inilah gambar yang telah disalahgunakan sebelum ini, tetapi gambar ini telah saya tambah dengan watermark yang mana sebelum ini tidak ada:

Pada kebiasaannya cuma gambar-gambar untuk penjualan di eBay saja akan saya tambah dengan watermark kerana gambar-gambar tersebut selalunya akan menjadi mangsa pencurian sekiranya tidak dijaga dengan betul. Gambar-gambar seperti di atas memang tidak pernah saya tambah dengan watermark kerana berpendapat bahawa tidak ada orang yang mahu menggunakannya selain saya.

Namun demikian, setelah peristiwa buruk tersebut, saya kini lebih berhati-hati dengan gambar-gambar posing seperti di atas.

Persoalan seterusnya, bilakah perlu anda gunakan watermark untuk gambar anda?

Secara mudahnya, anda perlu menggunakan watermark jika gambar anda adalah gambar yang unik.

Sebagai contoh, jika anda merupakan seorang penjual di portal eBay atau Lelong dan barang yang anda jual adalah unik dan tidak dijual oleh orang lain, maka lebih baik jika anda menggunakan watermark.

Selain itu, jika anda menjual barang yang juga dijual oleh orang lain pun, anda masih boleh menggunakan watermark lebih-lebih lagi jika anda mengambil gambar barang dengan sendiri dan tidak menggunakan stock-photo atau gambar stok yang telah diberikan oleh penghasil produk tersebut.

Boleh jadi gambar yang anda ambil sendiri itu nampak lebih baik daripada gambar stock-photo dan gambar tersebut sudah pastik akan menjadi sasaran penting jika anda tidak menambahkan watermark padanya. Berdasarkan pengalaman, sudah banyak kali pencurian gambar-gambar saya berlaku semasa awal-awal penglibatan saya di dalam dunia eBay kerana saya tidak menggunakan watermark.

Oleh itu, anda perlu memastikan seboleh-bolehnya anda menggunakan watermark untuk sebarang gambar yang anda paparkan di dalam dunia online sama ada di portal Lelong, eBay, laman web anda sendiri, di laman web perkongsian gambar seperti Photobucket atau gambar-gambar yang anda paparkan di Facebook. Anda boleh menghasilkan satu watermark yang mudah dengan menggunakan perisian editing gambar seperti Paint dan juga Photoshop.

Anda perlu beringat sebelum terkena. Jangan sampai anda mendapati gambar-gambar yang telah anda susah payah untuk ambil disalahgunakan oleh individu atau pihak lain untuk kepentingan mereka sendiri.

Sehingga berjumpa lagi di lain kesempatan, salam hormat dan salam kejayaan!

Lindungi Blog Anda Daripada Hackers!
Selama ini saya berpendapat bahawa tidak mungkin ada orang yang ingin hack laman web atau blog saya kerana saya bukanlah seseorang yang terkenal di arena antarabangsa dan bukan seorang selebriti! Oleh kerana itu, saya kurang menitik-beratkan soal keselamatan laman web dan blog saya. Saya berpendapat, sudah cukup dengan perisian Internet Security yang telah saya pasang pada laptop saya. Masalah keselamatan laman web saya perlu diuruskan oleh syarikat hosting saya.

Malangnya, pada pertengahan bulan lalu saya telah menerima padah daripada tanggapan saya itu… Keseluruhan blog utama saya di laman web  www.RahsiaRajaLelong.com telah dihapuskan oleh hacker yang tidak berhati perut. Beberapa hari selepas saya memuatnaik artikel terkini saya mengenai buku baru yang telah saya baca iaitu buku Panduan Memborong Di China hasil tulisan Muhammad Nizar Jamaluddin dan Nur Hafizah Shaarani, blog saya telah dimusnahkan.

Masalahnya, saya memang kurang melakukan backup kepada semua artikel di blog saya. Oleh itu, dengan kemusnahan blog saya itu, hilanglah keseluruhan artikel saya di blog tersebut.

Alhamdulillah, cuma blog saja yang diganggu dan fail-fail lain di dalam hosting saya masih dalam keadaan baik.

Kini saya sedang dalam proses untuk membangunkan blog saya semula.

Berdasarkan pengalaman buruk ini, saya ingin berkongsi beberapa tip untuk membantu blog anda daripada menjadi mangsa keganasan hacker. Semoga ia akan menjadi ilmu yang bermanfaat untuk anda dan menjadi peringatan kepada saya untuk sentiasa menjaga keselamatan blog-blog dan laman-laman web saya.

Berikut adalah beberapa tip berguna untuk anda:

1. Update Perisian WordPress Anda

Pihak WordPress sentiasa memberikan update terkini untuk perisian WordPress mereka dan ianya diberikan secara percuma. Oleh itu, anda perlu sentiasa melakukan update untuk perisian WordPress anda.

Selalunya pihak WordPress memberikan update terkini untuk menyelesaikan sebarang masalah atau meningkatkan fungsi-fungsi tertentu yang terdapat pada versi lama. Besar kemungkinan juga, terdapat masalah-masalah keselamatan di dalam versi lama. Oleh itu, peningkatan kepada versi yang terkini boleh menjamin keselamatan blog anda.

Update ini adalah percuma, jadi tiada alasan untuk anda tidak melakukan update setiap kali diberikan maklumat tentang versi baru yang ada.

2. Pemilihan Theme

Kebanyakkan theme untuk wordpress anda boleh diperolehi secara percuma. Namun demikian, ianya tidak bermaksud yang anda boleh sewenang-wenangnya menggunakan sebarang theme percuma yang anda perolehi.

Pastikan anda melakukan sedikit kajian dan melihat dengan lebih terperinci theme yang diberikan itu. Boleh jadi theme-theme percuma ini lebih tertumpu kepada menghasilkan gambar-gambar luaran yang cantik tetapi tidak menitik-beratkan soal-soal keselamatan.

Oleh itu, menjadi tanggungjawab anda untuk melihat dengan lebih lanjut theme yang ingin anda gunakan supaya anda boleh benar-benar yakin yang ia tidak boleh menjadi punca seseorang hacker boleh menceroboh blog anda dengan mudah.

3.Pemilihan Plugin

Sama seperti pemilihan theme. Anda juga perlu berhati-hati di dalam menggunakan plugin. Hanya gunakan plugin yang telah digunakan oleh ramai orang dengan selamat.

Jika terdapat peluang untuk update plugin tersebut, pastikan anda melakukan update.

Plugin-plugin percuma ini boleh menjadi punca kepada kemasukkan hacker ke dalam blog anda. Oleh itu, anda perlu berhati-hati di dalam menggunakannya.

4. Plugin Keselamatan

Sebenarnya terdapat juga plugin untuk blog wordpress yang boleh membantu meningkatkan keselamatan untuk blog anda. Terdapat pelbagai jenis pada masa kini. Ada yang boleh membantu melindungin fail-fail penting untuk blog anda seperti fail login dan juga config. Ada juga yang boleh memberikan katakunci keselamatan tambahan, memberikan fungsi anti-virus dan pelbagai ciri-ciri keselamatan yang lain.

Saya sarankan anda menggunakan beberapa plugin keselamatan ini untuk blog anda. Dengan cara ini, maka akan kurang kemungkinan blog anda daripada menjadi mangsa hacker. Anda cuma perlu melakukan carian di google untuk “wordpress security plugin” dan anda boleh mendapat pelbagai maklumat plugin yang berguna dari laman-laman web yang dipaparkan.

5. Maklumat Login

Pastikan maklumat login anda seperti Username dan juga Password bukan sesuatu yang mudah untuk diteka oleh seseorang hacker.

Pada kebiasaannya, maklumat username untuk blog wordpress baru yang dipasang terus dibiarkan kepada username Admin. Ini boleh mengundang bahaya kerana si hacker sudah tahu username anda. Mereka boleh menggunakan pelbagai perisian hacker lain untuk menceroboh blog anda setelah mereka mendapat username anda.

Oleh itu, pastikan anda menggunakan maklumat login username dan password yang unik dan sukar untuk dikenalpasti dengan mudah.

6. Keselamatan File

Salah satu lagi cara berkesan untuk memastikan keselamatan blog wordpress anda adalah dengan menambah unsur-unsur keselamatan pada fail-fail penting seperti wpconfig.php dan file login anda.

Saya tidak ingin menyentuh dengan terperinci mengenai tip ini kerana ia memerlukan anda untuk melakukan modifikasi kepada programming file tersebut.

Saya cadangkan jika anda ingin mengetahui tentang tip ini dengan lebih lanjut, anda boleh melakukan carian di Google kerana terdapat banyak maklumat berserta gambarajah yang akan diberikan kepada anda di sumber-sumber tersebut.

Jika anda merupakan seorang pengguna perisian wordpress untuk blog atau laman web anda, keselamatannya adalah yang paling utama. Jangan memandang rendah kebarangkalian anda untuk di-hack oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Jangan sampai terhantuk baru tergadah. Beringatlah sebelum terkena.

Semoga sedikit perkongsian saya ini boleh membantu anda dan perniagaan anda mencapai kejayaan yang lebih hebat lagi selepas ini.

Sehingga bertemu lagi di kesempatan yang lain, salam hormat dan salam kejayaan dari saya.