Memperkenalkan
Workshop Lelong.com.my
PERTAMA di Malaysia...
"Pelajari
Rahsia Menjana Pendapatan 5-Angka Sebulan melalui Portal Lelongan
Online #1 Malaysia iaitu Lelong.com.my daripada 2 Guru Hebat
di Workshop Rahsia Raja Lelong!"
TERBONGKAR: Rahsia untuk menjana pendapatan sehingga 5-Angka setiap bulan di portal Lelong.com.my daripada Pakar Lelongan Online
Malaysia dan Penjual Underground Hebat
di portal Lelong.com.my!
Dari: Eruwan Gerry Norsen Pakar Lelongan Online
Wahai
bakal usahawan Lelong.com.my,
Ramai daripada kita yang
terlalu melihat ke luar negara
untuk menjalankan perniagaan internet
sehingga buta
kepada
peluang BESAR yang terdapat di dalam negara kita sendiri iaitu
di portal Lelong.com.my!
"KEPADA MEREKA YANG TIDAK MENGETAHUI: Apakah
Lelong.com.my dan mengapa perlu menjual di situ?"
Adakah anda tahu
bahawa:
Portal Lelong.com.my mempunyai hampir
400,000 Ahli Berdaftar
Terdapat transaksi jualan
sebanyak RM10 JUTA pada setiap bulan di portal tersebut.
Portal Lelong.com.my
mendapat melebihi 40 Juta Pageview pada setiap bulan.
Lebih daripada 1 Juta orang mengunjungi portal tersebut pada setiap bulan.
Terdapat lebih daripada 800 Member Store berdaftar
di dalam portal tersebut.
Lelong.com.my mempunyai pengiklanan Banner yang paling efektif dari segi kos.
Semakin ramai rakyat
Malaysia yang menjadikan Lelong.com.my sebagai sumber mata
pencarian utama mereka.
Bilangan pembeli semakin
bertambah pada setiap tahun.
Portal Lelong.com.my terletak di
Tangga Ke-38 di dalam Ranking Laman Web Paling Popular di
Malaysia berdasarkan ranking di Alexa.com (jauh lebih
tinggi daripada eBay.com di Tangga Ke-58 dan eBay.com.my di
Tangga Ke-77). Sila lihat gambar di bawah untuk maklumat
lanjut:
(Berdasarkan
ranking Alexa.com pada 11hb Ogos 2008)
Hakikat bahawa portal
Lelong.com.my merupakan sebuah portal jualan yang hebat di Malaysia
bukanlah satu omong kosong kerana cerita kehebatan portal ini sudah
pernah dipaparkan di dalam Majalah Personal Money Malaysia Isu
#51 keluaran November 2005. Di dalam majalah tersebut, telah
didedahkan mengenai penjual yang telah mencapai purata
pendapatan RM30,000 sebulan di Lelong.com.my!
Buat pengetahuan anda, bekasPerdana Menteri kita iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad juga
pernah menggunakan portal Lelong.com.my untuk melelong komputer lama
milik peribadi beliau dan ianya telah berjaya dijual dengan harga
jualan mencecah 5-Angka!
Ini menunjukkan bahawa portal
Lelong.com.my bukanlah satu laman web yang calang-calang kehebatan
dan pengaruhnya. Malah portal tersebut turut menjadi laman web
pilihan oleh syarikat-syarikat hebat untuk menjual barangan
mereka. Contoh terbaik adalah Syarikat MaxAudio yang
menjadikan portal Lelong.com.my sebagai salah satu sumber pendapatan
untuk syarikat mereka.
Syarikat MaxAudio merupakan
syarikat jualan barangan audio dan aksesori kereta online yang
terbesar di Malaysia. Kehebatan syarikat mereka telah
membolehkan mereka dianugerahkan gelaran "Malaysia First &
Largest Car Audio, Video, Accessories & Performance Online Store"
oleh The Malaysia Book of Records!
2.
Newsletter 5-Bahagian
"PanduanMenjual di Lelong.com.my" (bernilai
RM37)yang menunjukkan bagaimana untuk
menjual produk
pertama anda di Lelong.com.my dalam tempoh 48 jam dari
sekarang!
3.
Pakej eBook eBay
yang
mengandungi 30+ ebook mengenai eBay dan cara membuat duit
daripada laman web lelongan tersebut
(bernilai RM197)!
4.Newsletter
Bulanan Rahsia Raja Lelong (bernilai
RM97)
yang mengandungi
strategi-strategi terkini yang dapat membantu untuk
MEMAKSIMAKAN keuntungan anda di Lelong.com.my!
Sila masukkan nama
dan alamat email anda di bawah dan kami akan menghantarkan
kesemuanya kepada anda secara PERCUMA!
(Contoh Email:
ali1979@yahoo.com
adalah BETUL manakala
ali1979@yahoo dan ali1979 adalah SALAH)
Nota
Penting: Kami TIDAK AKAN memberikan maklumat peribadi anda
kepada mana-mana pihak. Anda mempunyai hak untuk berhenti
melanggan pada bila-bila masa!
Privacy
Policy.
"PERSOALANNYA: Mengapa Pilih Lelongan
Online?"
Tiada gunanya saya berkongsi dengan anda
mengenai kehebatan portal lelongan online Lelong.com.my jika anda
tidak mengetahui kelebihan di dalam menjalankan perniagaan melalui
portal tersebut.
Berikut cuma merupakan di antara beberapa
sebab mengapa lelongan online sepatutnya menjadi pilihan anda di
dalam menjalankan perniagaan internet:
Tidak perlu membina laman web!
Tidak seperti laman web biasa, anda tidak perlu menghasilkan
laman web anda sendiri dan tidak perlu mengetahui bahasa
pengaturcaraan HTML untuk mula menjual barangan anda di portal
Lelong.com.my. Rata-rata ramai penjual yang ingin mula menjual
melalui internet menghadapi masalah apabila perlu menghasilkan
laman web mereka sendiri. Ini secara langsung telah membantutkan
perniagaan mereka walaupun pada masa itu mereka sudahpun
mempunyai barangan untuk dijual. Masalah ini tidak akan berlaku
dengan menjual di portal Lelong.com.my kerana kepakaran internet
yang anda perlukan untuk mula menjual di portal Lelong.com.my
adalah kepandaian untuk menaip dan juga untuk klik dengan
menggunakan komputer anda!
Tidak perlu mencari pengunjung!
Inilah kehebatan paling utama di dalam menjalankan perniagaan
anda di portal Lelong.com.my. Anda tidak perlu bersusah payah
mencari pengunjung untuk melihat barang jualan anda kerana
kesemua pengunjung tersebut sudah sedia ada di portal
Lelong.com.my. Perumpamaan terbaik kepada situasi ini di mana
anda menjual barangan di portal Lelong.com.my adalah sama seperti
anda sedang menjual di sebuah pusat jualan mewah yang terkenal
seperti di KLCC atau Mid Valley Megamall berbanding dengan
memulakan laman web anda sendiri seperti anda sedang membuka
kedai di tepi jalan yang lenggang dan anda perlu berusaha keras
untuk mendapatkan pelanggan ke kedai tersebut. Dengan kunjungan
melebihi 1 Juta orang pada setiap bulan di portal Lelong.com.my,
sudah tentu tidak sukar untuk anda mendapatkan pelanggan dan
mendapat keuntungan berlipat-kali ganda di portal Lelong.com.my.
Tidak perlukan ilmu pemasaran dan trafik!
Kelebihan portal Lelong.com.my adalah dari segi kemudahan yang
telah disediakan oleh pihak pengurusan portal tersebut yang mana
dengan mudah anda dapat melakukan penjualan tanpa memerlukan
sebarang ilmu pemasaran dan trafik berbanding dengan memulakan
laman web anda sendiri. Jika anda memulakan laman web anda
sendiri, ilmu paling utama yang perlu anda pelajari adalah ilmu
penjanaan trafik. Tanpa ilmu ini, laman web anda akan MATI
begitu saja. Ilmu trafik merangkumi pengetahuan mengenai SEO,
Pemasaran Forum, Pemasaran Artikel, Pemasaran Social Network, Promosi Blog dan pelbagai lagi ilmu trafik lain yang memerlukan
masa dan wang untuk anda mempelajarinya. Fikirkanlah, anda sudah
tentu ingin mendapatkan wang dengan cepat melalui
perniagaan internet anda! Adakah dengan mengambil masa yang
panjang untuk mempelajari kesemua ilmu tersebut akan membolehkan
anda untuk mendapatkan wang SEKARANG? Sudah tentu tidak! Saya
tahu kerana saya mempunyai pelbagai laman web luar yang saya
usahakan dan pemahaman ilmu penjanaan trafik akan mengambil masa
untuk dipelajari. Kesemua ini boleh anda lakukan dengan mudah
setelah anda mempunyai pendapatan yang konsisten dengan
memulakan perniagaan anda di portal Lelong.com.my. Setelah mendapat pulangan yang lumayan daripada perniagaan anda di
Lelong.com.my, maka tiada masalah untuk anda mempelajari perkara
lain kerana anda sudah tidak perlu risau lagi mengenai wang!
Tidak perlu mewujudkan sistem pembayaran!
Dengan menjual di pasaran Malaysia dan portal Lelong.com.my,
anda sudah tidak perlu mewujudkan sistem pembayaran anda
seperti dengan laman web anda sendiri. Hampir 90% daripada
pelanggan di Malaysia akan membayar anda dengan menggunakan
deposit wang ke akaun bank anda di Malaysia sama ada melalui Perbankan Internet atau melalui Mesin Deposit Wang. Anda sudah
tidak perlu melakukan sebarang usaha lain kerana wang pembayaran
boleh terus dimasukkan ke akaun bank anda tanpa sebarang masalah.
Anda juga sudah tidak perlu risau mengenai penerimaan pembayaran
melalui Kad Kredit, kerana pihak Lelong.com.my boleh menerima bayaran
melalui kad kredit pelanggan untuk anda dan seterusnya
mendeposit wang tersebut terus ke akaun bank anda dengan mudah.
Tiada masalah sistem pembayaran di portal Lelong.com.my!
Analisa pasaran disediakan!
Pihak pengurusan portal Lelong.com.my telah membantu memudahkan
proses melakukan analisa pasaran untuk barang jualan anda.
Kesemua maklumat penting seperti jumlah pengunjung, jumlah
bidaan dan jumlah promosi boleh anda akses dengan mudah melalui
control panel keahlian anda. Dengan berbekalkan maklumat analisa
yang sedemikian, ianya akan memudahkan anda untuk membuat
keputusan sama ada sesuatu barang jualan mempunyai
potensi jualan yang baik ataupun tidak. Dengan ini, anda boleh
membuat penilaian terbaik untuk perniagaan anda berbanding
sekiranya anda perlu membuat kesemua analisa tersebut melalui
laman web anda sendiri. Pihak Lelong.com.my mahu anda berjaya
kerana apabila anda berjaya, mereka juga akan berjaya!
Wang pendahuluan minima!
Sekiranya anda memulakan laman web anda sendiri, anda pasti
perlu mengeluarkan wang modal untuk mendapatkan domain name,
akaun hosting, rekaan laman web, dan pelbagai perisian lain yang
anda perlukan untuk membantu menguruskan satu laman web yang
berjaya. Saya boleh katakan sekurang-kurangnya perlu ada RM500
di dalam tangan anda untuk memulakan laman web anda sendiri.
Tetapi tidak di portal Lelong.com.my. Anda boleh memulakan
perniagaan anda dengan bayaran paling minima iaitu RM0! Satu
tahu kerana saya pernah melakukannya semasa saya baru bermula di
portal Lelong.com.my beberapa tahun yang lepas. Jika anda perlu
membelanjakan wang pun, sekurang-kurangnya ia adalah untuk
mendapatkan barang jualan dan bukannya untuk mendapatkan
sebarang peralatan lain yang akan membantu jualan anda. Modal
yang anda sumbangkan untuk perniagaan anda di portal
Lelong.com.my adalah hampir 100% untuk mendapatkan bahan dan
untuk promosi yang secara langsung akan membantu meningkatkan
jualan dan keuntungan anda di dalam portal Lelong.com.my.
Saya sudah mempunyai pengalaman cukup lama di portal Lelong.com.my. Saya
merupakan Verified Member dan memiliki Member Store saya sendiri
di dalam portal tersebut.
Lelongan saya di portal
Lelong.com.my mampu menarik banyak bidaan dan mencapai nilai yang
tinggi. Sila lihat gambar di bawah untuk melihat beberapa
lelongan saya yang berjaya menarik banyak bidaan.
Sehingga kini, saya sudah
menerbitkan 3 buah buku mengenai lelongan online iaitu Rahsia
Raja Lelong, Secrets of the Lelong King dan Rahsia Jutawan
Lelong yang mana dua daripadanya sudah tersenarai sebagai
Bestseller di dalam Carta Mingguan Bestseller MPH Bookstore dan
buku ketiga Insya-Allah akan mencapai tahap tersebut tidak lama
lagi...
Inilah gambar ketiga-tiga
buku yang telah saya terbitkan:
Eruwan Gerry dan Azizi Ali
(Mentor Jutawan)
dengan buku Rahsia Raja Lelong
Eruwan Gerry dan Azizi Ali
(Mentor Jutawan) dengan
buku Secrets of the Lelong King
Eruwan Gerry dan Azlynn
Azizi (Pengarah Urusan True Wealth Sdn Bhd) dengan buku Rahsia Jutawan Lelong
Buku Rahsia Raja Lelong dan
Secrets of the Lelong King pernah tersenarai sebagai Buku
Bestseller seperti berikut:
Buku Rahsia Raja Lelong
Buku Secrets of the
Lelong King
Saya juga telah menghasilkan
2 Video Panduan dan menulis 5 eBook mengenai lelongan online iaitu
Video Panduan Lelong, Video Panduan eBay, Kuasa
Lelongan, Pembungkusan Hebat, Import Dari China, Pengurusan
Inventori Hebat dan Rekod Simpanan Hebat. Inilah gambar
video-video dan
ebook-ebook tersebut:
Saya juga pernah muncul di
kaca televisyen untuk berkongsi mengenai buku dan kepakaran saya
di dalam lelongan online. Ini adalah rakaman video temuramah
saya dengan Sayed Munawar dari Slot Resensi, Rancangan Selamat
Pagi Malaysia, RTM1:
Di samping itu, saya juga
telah mendapat banyak jemputan ke majlis-majlis hebat di seluruh
Malaysia untuk berkongsi mengenai lelongan online dan dunia
perniagaan internet. Berikut merupakan di antara beberapa majlis
yang telah saya hadiri:
Pelancaran
Buku Rahsia Jutawan Lelong di Kuala Lumpur International
Book Fair 2009 di PWTC
Panel Jemputan di
Konvensyen Keusahawanan anjuran
Yayasan Pelajaran MARA yang dirasmikan oleh Y.B. Dato' Seri
Mohamed Khaled Nordin (Menteri Pembangunan Usahawan &
Koperasi 2007)
Penceramah semasa
Wealth Summit 2007
bersama Azizi Ali, Zamri Nanyan,
Osman Affan dan Irwan Dahnil.
Penceramah Jemputan di
Konvensyen Keusahawanan: TeknoPutra
Kebangsaan Institusi Pendidikan MARA 2007
Saya juga mempunyai hubungan
yang baik dengan Pengarah Urusan Interbase Resources Sdn Bhd -
syarikat pengendali portal Lelong.com.my iaitu En. Richard Tan.
Beliau juga merupakan pengasas portal Lelong.com.my. Dengan ini,
saya lebih mudah mendapatkan maklumat terkini mengenai perubahan
dan perkembangan portal Lelong.com.my berbanding orang lain.
Eruwan Gerry bersama
En. Richard Tan
Saya berharap dengan
penerangan ini, anda dapat memahami mengapa saya merupakan orang
terbaik untuk berkongsi dengan anda mengenai peluang
kewangan yang terdapat di portal
Lelong.com.my.
"CABARANNYA: Mendapatkan penjual
lain yang sanggup berkongsi rahsia kejayaannya"
Di sepanjang penglibatan saya di portal
Lelong.com.my semenjak 5 tahun lalu, saya telah mengenali ramai
penjual, terutama sekali semasa saya sedang menjalankan kajian
untuk menghasilkan buku-buku saya.
Saya telah berpeluang untuk mengenali
beberapa penjual di portal Lelong.com.my yang memang hebat dan mampu
menjana pendapatan sehingga 5-Angka sebulan hanya melalui jualan barangan di dalam
portal tersebut!
Saya memang sangat teruja kerana berpeluang
untuk mengenali mereka dan mempelajari rahsia-rahsia kejayaan mereka.
Pada masa itu, saya sudah memasang tekad untuk menjemput mereka
sebagai penceramah jemputan khas apabila saya memulakan workshop saya
mengenai Lelong.com.my nanti!
Pada awal tahun ini, saya telah memulakan
perancangan untuk memulakan workshop pertama saya mengenai portal
Lelong.com.my. Saya telah teringat mengenai tekad saya untuk mengetengahkan penjual-penjual hebat di Lelong.com.my untuk
berkongsi rahsia kejayaan mereka bersama peserta workshop saya nanti.
Dengan itu, saya telah memulakan usaha untuk
menghubungi setiap penjual hebat yang saya kenali dengan tujuan
untuk mendapatkan mereka sebagai seorang penceramah di dalam
workshop saya nanti.
Hampir kesemuanya menolak!
Tidak dapat saya gambarkan kekecewaan saya
kerana hampir kesemua penjual hebat yang saya hubungi menolak
permintaan saya kerana mereka TAKUT para peserta workshop saya nanti
akan mencuri idea dan strategi mereka di dalam mencapai pendapatan
sehingga 5-Angka sebulan di Lelong.com.my!
Hampir kesemuanya menolak kecuali SATU!
Akhirnya setelah berhempas pulas mencari
penjual hebat, saya telah berjaya memujuk seorang untuk berkongsi rahsia kejayaannya di Lelong.com.my.
Beliau merupakan di antara penjual yang saya
amat hormati di Lelong.com.my kerana beliau telah bermula dari bawah
dan kini sudah mampu mencapai keuntungan sehingga 5-Angka sebulan di
portal Lelong.com.my!
Saya amat terkejut kerana beliau sanggup membantu
saya dan berkongsi segala rahsia beliau bersama peserta-peserta
workshop saya. Berdasarkan kata-kata beliau sendiri, beliau ingin
membantu orang lain mencapai kejayaan yang sama di Lelong.com.my
sama seperti apa yang telah berjaya dicapai oleh beliau. Beliau
beranggapan bahawa peluang besar ini sepatutnya dikongsi dengan
seramai orang yang mungkin.
"PENJUAL UNDERGROUND HEBAT DI LELONG.COM.MY: Mohd Yuzafi Yunos"
Penjual hebat yang telah berjaya saya pujuk
untuk berkongsi rahsia kejayaan beliau di Lelong.com.my adalah Mohd
Yuzafi Yunos.
Beliau bukanlah seseorang yang telah memiliki
segala-galanya semasa baru bermula di portal Lelong.com.my.
Sebenarnya beliau telah bermula dari bawah. Kini beliau
mempunyai 4 buah Member Store di Lelong.com.my yang mampu membawa
pulangan sehingga 5-Angka sebulan kepada beliau!
Yuzafi merupakan penjual SEPENUH MASA di
portal Lelong.com.my. Beliau mendapatkan pendapatan bulanan beliau HANYA
dengan menjual di portal Lelong.com.my! (Baca semula ayat tadi).
Jika anda merasakan yang tidak terdapat
peluang yang baik di dalam pasaran perniagaan internet di Malaysia,
saya BERANI membuktikan yang anda salah kerana saya sudah menjumpai
ramai penjual yang mendapat pulangan yang baik dengan hanya menjual
di Malaysia dan Yuzafi merupakan seorang daripadanya.
Berikut merupakan beberapa maklumat lain
mengenai Yuzafi:
Beliau memiliki Diploma Pengajian
Perbankan dari UiTM.
Beliau telah tamat pengajian semasa
zaman kegawatan ekonomi di Malaysia pada tahun 1998 dan
merupakan di antara beratus ribu graduan yang tidak mempunyai
pekerjaan selepas tamat pengajian.
Beliau terpaksa melakukan pelbagai jenis
pekerjaan seperti mencuci pinggan, jurujual barangan dan menjadi
penyambut tetamu hotel sementara mencari pekerjaan tetap.
Akhirnya, Yuzafi berjaya mendapat
pekerjaan tetap di sebuah syarikat telekomunikasi. Namun
demikian, pada tahun 2005, beliau terpaksa berhenti
daripada syarikat tersebut.
Berkat usaha dan kesungguhan beliau,
kini Yuzafi sudah memiliki 2 syarikat yang menjalankan
perniagaan sepenuh masa di portal Lelong.com.my.
Kini beliau merupakan pembekal barangan
kepada Marina Bay Resort di Port Dickson, Syarikat South
Protection (Security) di Johor Bahru dan beberapa ladang kelapa
sawit di Perak.
Syarikat Yuzafi juga merupakan rakan
niaga kepada kebanyakkan kelab automotif Malaysia seperti
Gen2Club, Mitsubishi Lancer Owner Club (MLOC), Nazaria Family,
KTM Railway Fan Club, Malaysian Estima Owner Group dan Viva
Owners.
Syarikat beliau juga merupakan rakan
servis untuk peralatan radio untuk St. John Ambulance Penang.
Sesungguhnya Yuzafi merupakan satu cerita
kejayaan di portal Lelong.com.my!
Beliau telah berjaya mengharungi
cabaran-cabaran di dalam kehidupan beliau sehingga akhirnya telah
mampu mencapai puncak kejayaan di portal Lelong.com.my.
"Rahsia untuk mencapai kejayaan di
portal Lelong.com.my tidak terdapat di tempat lain!"
Terus terang saya katakan kepada anda bahawa
untuk mendapatkan penjual hebat lain yang sanggup dan berani berkongsi
rahsia kejayaan mereka di portal Lelong.com.my memang sukar.
Lebih-lebih lagi di dalam workshop terbuka seperti ini!
Kebanyakkan penjual takut yang anda akan mencuri idea mereka
dan akan mengambil "periuk nasi" mereka.
Tetapi tidak di dalam Workshop Rahsia Raja
Lelong. Di dalam workshop ini, saya dan Yuzafi akan berkongsi
dengan anda segala-galanya yang anda perlu tahu untuk mencapai kejayaan
yang besar di dalam portal Lelong.com.my!
Di akhir workshop ini, anda akan mengetahui:
Minda usahawan berjaya di portal
Lelong.com.my!
Kita sering didedahkan dengan pelbagai cara untuk menjana wang
melalui internet. Namun demikian, bukan semuanya semudah yang
anda sangkakan! Melalui workshop ini, anda akan dapat mengetahui
rahsia mengapa portal Lelong.com.my memudahkan permulaan dan
perjalanan anda di dalam dunia perniagaan internet. Anda akan
dapat mengetahui dengan terperinci apakah fokus dan minda yang
perlu anda miliki untuk mencapai kejayaan yang hebat melalui
portal lelongan online Lelong.com.my.
Bagaimana untuk mencari produk hebat
untuk dijual!
Saya boleh katakan ramai orang yang baru ingin mula
menjual di internet akan melakukan kesilapan BESAR di dalam
pemilihan produk untuk dijual. Masalahnya, mereka sendiri TIDAK
MENGETAHUI yang mereka telah melakukan kesilapan besar di dalam
pemilihan produk mereka! Oleh itu, kami akan berkongsi dengan
anda rahsia di dalam memilih produk yang sesuai berdasarkan
citarasa dan stail anda serta yang akan menjana keuntungan
paling lumayan untuk diri anda.
Bagaimana untuk bermula dengan modal
RM0!
Sebenarnya anda boleh mula menjual di portal Lelong.com.my
dengan berbekalkan modal RM0! Saya tahu yang ianya boleh
dilakukan kerana saya sendiri pernah melakukannya ketika saya
baru bermula di portal Lelong.com.my! Anda tidak perlu
menghasilkan laman web anda sendiri, membayar yuran hosting atau
membeli domain name anda sendiri untuk memulakan perniagaan anda
di Lelong.com.my. Tidak ada sebarang kos lain yang perlu anda
keluarkan dan anda hanya perlu membawa barang jualan anda di
portal Lelong.com.my dan terus menjual. Dengan menggunakan
kemudahan yang telah disediakan oleh portal Lelong.com.my, anda boleh terus menjual dalam masa kurang daripada 24 jam
setelah menjadi ahli di portal tersebut!
TIDAK PERLU mempelajari HTML!
Rata-rata ramai usahawan internet baru memang tidak biasa dengan
bahasa pengaturcaraan HTML untuk membina laman web mereka
sendiri. Akibatnya, walaupun mereka sudah mempunyai produk yang
hebat untuk dipasarkan, perkara ini menjadi penghalang di dalam
memulakan perniagaan internet mereka. Tetapi perkara ini tidak
perlu anda risaukan di portal Lelong.com.my kerana kami akan
menunjukkan kepada anda cara paling pantas untuk menghasilkan
diskripsi barang jualan anda tanpa memerlukan sebarang
pengetahuan HTML.
Jana trafik ke laman web anda!
Adakah anda sudah memiliki laman web atau blog anda sendiri?
Kami akan berkongsi rahsia untuk menjana trafik secara
berterusan daripada portal Lelong.com.my ke laman web anda
sendiri yang seterusnya akan membantu meningkatkan jualan di
laman web atau blog anda sendiri. Penjanaan trafik secara mudah
ini boleh dilakukan TANPA melanggar sebarang polisi di
Lelong.com.my! Kami akan berkongsi dengan anda rahsianya.
Sumber pembekal hebat!
Di dalam workshop ini, kami akan berkongsi dengan anda beberapa
sumber pembekal hebat yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan
bekalan produk POPULAR dengan MUDAH dan MURAH! Sumber-sumber ini
terdiri daripada sumber-sumber terbaru yang kami miliki yang
tidak pernah kami kongsikan kepada sesiapa sebelum ini.
Cara menghasilkan diskripsi jualan
yang PASTI menarik bidaan!
Terdapat strategi sebenar di dalam menghasilkan diskripsi barang
jualan yang betul-betul bermutu dan mampu menjana pendapatan
yang lumayan untuk perniagaan anda. Jika anda melakukan
kesilapan di dalam penghasilan diskripsi jualan, maka tidak ada
guna anda memiliki satu produk yang hebat untuk dijual kerana
pelanggan tidak akan tertarik untuk membeli barang tersebut
daripada anda.
Rahsia meningkatkan rating dengan
pantas!
Di sini saya akan berkongsi dengan anda rahsia untuk
meningkatkan rating anda di portal Lelong.com.my dengan pantas! Inilah rahsia kejayaan di portal Lelong.com.my, dengan memiliki
rating yang tinggi berbanding penjual-penjual lain, maka
pelanggan akan lebih yakin dan berminat untuk membeli daripada
anda. Ini seterusnya akan mampu meningkatkan keuntungan anda
dengan pantas!
Strategi Rahsia untuk menewaskan
pesaing-pesaing anda!
Saya tidak boleh mendedahkan rahsia ini di sini kerana mungkin
ada orang lain yang datang ke laman web ini cuma untuk mencari
maklumat percuma dan tidak ingin menyertai workshop ini. Tetapi rahsia
mudah ini akan membantu meningkatkan jualan anda dengan mudah
dan pantas. Hampir 99% penjual di portal Lelong.com.my TIDAK
menggunakan rahsia ini! Jika anda menggunakan rahsia hebat ini,
saya pasti yang anda akan berjaya menarik pelanggan-pelanggan
dari pesaing-pesaing anda untuk membeli daripada anda!
Cara paling mudah dan pantas untuk
menerima bayaran! Tidak perlu akaun Paypal, Kad Kredit atau Kad Debit untuk mula
menjual dan menerima bayaran di portal Lelong.com.my. Kami akan
berkongsi dengan anda cara paling pantas dan mudah untuk
menerima wang daripada pelanggan-pelanggan anda tanpa perlu
membayar satu sen pun yuran perkhidmatan.
Cara menetapkan harga barangan!
Ramai penjual yang sering melakukan kesilapan besar di dalam
penetapan harga untuk barang jualan mereka. Akibatnya, penjual
lain yang dapat membuat duit besar daripada kesilapan mudah
mereka. Jangan jadi seperti mereka! Di dalam workshop ini, kami
akan berkongsi strategi terbaik untuk menentukan harga jualan
untuk barangan anda yang akan memastikan ianya akan mendapatkan
bidaan dan jualan yang sebanyak mungkin.
Rahsia menggunakan produk digital
untuk meningkatkan jualan!
Rahsia ini belum pernah lagi saya dedahkan di mana-mana buku
atau produk saya. Di sini anda akan mempelajari
bagaimana untuk menjana pendapatan berterusan dan meningkatkan
reputasi anda dengan menggunakan produk digital. Strategi rahsia ini akan memastikan
yang anda akan terus menjana pendapatan lumayan di portal
Lelong.com.my untuk satu jangkamasa yang lama!
Cara melakukan kajian di
Lelong.com.my!
Sebenarnya terdapat skil untuk melakukan kajian pasaran dan
permintaan di portal Lelong.com.my. Jika anda mampu menguasai
skil ini, maka peluang penjanaan wang anda melalui portal
Lelong.com.my tidak akan ada hadnya. Anda akan mampu mengesan
sebarang perubahan pasaran dan peningkatan permintaan dengan
mudah sekiranya anda menguasai skil melakukan kajian ini.
Segala-galanya akan kami dedahkan di dalam workshop ini.
Cara pantas dan selamat menghantar
barangan!
Tidak ramai penjual yang tahu cara menghantar barangan dengan pantas
dan selamat. Akibatnya, mereka menerima pelbagai komplen
daripada pembeli dan akhirnya terpaksa menamatkan perniagaan
mereka di Lelong.com.my. Ia tidak sepatutnya terjadi seperti itu.
Di dalam workshop kami, anda akan mempelajari cara paling pantas
dan selamat untuk menghantar barangan anda yang akan menjanjikan
kepuasan pelanggan-pelanggan anda. Kami juga akan berkongsi
rahsia-rahsia untuk meningkatkan keuntungan anda melalui
barangan anda yang dihantar. Rahsia ini tidak ternilai!
Rahsia ekslusif kami!
Kami juga akan mendedahkan pelbagai rahsia ekslusif lain yang
kami gunakan dengan jayanya untuk "mencari makan" melalui portal
Lelong.com.my. Apa yang akan kami kongsikan adalah berdasarkan
pengetahuan dan pengalaman kami sendiri di dalam menggunakan
portal Lelong.com.my selama 5 tahun. Anda tidak akan memperoleh rahsia-rahsia ini di tempat lain!
... dan banyak lagi!
"Maklumat Workshop"
Siapakah yang patut menyertai workshop ini?:
Golongan profesional yang ingin mencari
cara untuk menjana wang pendapatan sampingan
Ahli-ahli perniagaan yang ingin
mengenalpasti potensi perniagaan di portal Lelong.com.my
Usahawan-usahawan internet yang ingin
menambah aliran pendapatan mereka
Pelajar-pelajar yang ingin mendapatkan
wang sampingan semasa belajar
Syarikat dan individu yang memberikan perkhidmatan
dan ingin
meningkatkan pendedahan kepada perkhidmatan mereka
Suri-rumah yang ingin
mempelajari cara untuk menjana wang mudah dari rumah
Penjual di Lelong.com.my yang ingin
mempelajari strategi baru di dalam meningkatkan keuntungan
mereka
Penjual di eBay yang ingin menambahkan
aliran pendapatan mereka
Graduan-graduan dan pelajar lepasan
sekolah yang belum lagi mempunyai pekerjaan yang tetap
Sesiapa sahaja yang ingin mengambil
peluang daripada lubuk wang di portal Lelong.com.my!
Maklumat
Workshop*:
Tarikh: 8hb Ogos 2009 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi - 5.00 petang (Makan
tengahari dan 2 Tea Break disediakan)
Kuota Tempat: 30 Sahaja
Tempat: Hotel Melia
Hotel bertaraf 5-Bintang yang terletak di dalam "Segi Tiga Emas"
Kuala Lumpur yang dikelilingi oleh pasaraya terkemuka seperti
Berjaya Times Square dan Plaza Low Yatt. Ia dihubungkan terus
dengan Monorail Stesen Jalan Imbi.
Sebagai peserta workshop ini, anda juga akan
menerima bonus bernilai RM4,470 sebagai tanda terima kasih kami kepada
anda kerana menyertai workshop ini.
Berikut merupakan senarai lengkap bonus-bonus
hebat yang akan anda perolehi sebagai peserta Workshop Rahsia Raja
Lelong:
Bonus #1
"Personal
Support
Selama 1 Tahun oleh Eruwan"
(Bernilai RM1,500)
Saya mementingkan kejayaan pelanggan-pelanggan
saya. Oleh itu, saya akan memberikan anda satu bonus yang amat
bernilai yang tidak mungkin anda akan perolehi daripada
mana-mana penjual di Lelong.com.my yang lain.
Selepas tamat workshop, dalam
jangkamasa 1 Tahun, anda boleh menghubungi saya melalui
email atau telefon untuk
mendapatkan sebarang nasihat atau panduan berkenaan
perniagaan anda di Lelong.com.my. Saya akan bersedia untuk
membantu anda.
Buat pengetahuan anda, setiap kali saya dijemput untuk memberikan
ceramah di luar, yuran saya adalah
minima sebanyak RM1,000 sejam. Oleh
itu, peluang hebat untuk mendapatkan khidmat nasihat dan
panduan daripada saya melalui selama 1 Tahun adalah
tidak ternilai!
Bonus #2
"Personal
Coaching
Selama 3 Bulan oleh Yuzafi"
(Bernilai RM1,500)
Sahabat saya penjual hebat Yuzafi, sudah
memberikan komitmen beliau untuk turut serta membimbing anda
dengan memberikan Personal Coaching kepada anda selama 3
Bulan selepas tamat workshop! Dengan ini, anda akan mendapat
akses kepada nasihat dan panduan daripada beliau yang sudah
tentu akan membantu anda di dalam memulakan perniagaan anda
di portal Lelong.com.my.
Sesi Personal Coaching oleh Yuzafi
akan merangkumi perbincangan anda dengan beliau melalui
Yahoo Messenger (YM) dan beliau juga akan memberikan
anda nombor telefon peribadi beliau supaya anda boleh
menelefon beliau secara terus sekiranya mempunyai sebarang
persoalan atau anda menghadapi sebarang masalah.
Yuzafi mempunyai matlamat yang sama seperti
saya iaitu untuk membantu seramai mungkin rakyat Malaysia
untuk turut berjaya di dalam portal Lelong.com.my.
Saya tidak tahu sampai bila Yuzafi akan
bersetuju untuk melakukan Personal Coaching untuk
peserta-peserta workshop saya ini.
Oleh itu, peluang yang jarang boleh diperolehi ini perlu
anda rebut sebelum ianya terlepas.
Bonus #3
"Pakej
Automatic eBay Powerseller"
(Bernilai RM100)
*Belum
Dilancarkan Lagi*
Pakej Automatic eBay Powerseller (dalam
Bahasa Malaysia) ini merupakan produk terbaru saya yang
akan dilancarkan pada bulan Ogos nanti. Di dalam pakej ini
telah saya memuatkan segala rahsia saya mengenai cara saya
menjalankan perniagaan di eBay yang bergerak secara 100%
otomatik tanpa memerlukan sebarang usaha lebih daripada
saya. Belum ada lagi mana-mana internet marketer
di Malaysia yang berkongsi mengenai strategi hebat ini!
Bonus #4
"Video Panduan
Lelong"
(Bernilai RM150)
Sebagai memudahkan anda untuk mempelajari
kesemua perkara teknikal dan selok-belok di dalam
menggunakan portal Lelong.com.my, saya akan memberikan bonus
Video Panduan Lelong saya secara percuma kepada anda. Dengan
ini, ia akan memudahkan anda untuk meneliti cara-cara untuk
menggunakan portal Lelong.com.my daripada keselesaan rumah
anda sendiri.
Bonus #5
"Video Panduan
eBay"
(Bernilai RM150)
Video Panduan eBay akan membantu anda
untuk mengembangkan perniagaan anda ke eBay apabila anda
sudah bersedia nanti. Tidak perlu menyusahkan diri anda
untuk membaca ebook mengenai eBay. Video panduan ini akan
membantu memudahkan pemahaman anda dan mempercepatkan
penjanaan keuntungan anda!
Bonus #6
"Internet
Millionaire System"
(Bernilai RM100)
Pakej Internet Millionaire System ini
dimuatkan dengan 6-Module eBook dan 99 Video Panduan
yang bertujuan untuk membantu anda untuk memulakan laman web
dan perniagaan internet anda sendiri dengan pantas dan mudah!
Pakej ini akan memberikan kepada anda asas-asas internet
yang penting untuk kejayaan anda di dalam dunia online!
Bonus #7
"Internet
Millionaire Blueprints"
(Bernilai RM250)
*2 Pakej
Belum
Dilancarkan Lagi*
Koleksi Internet Millionaire Blueprints
ini yang terdiri daripada 5 Pakej iaitu Mini Site, Affiliate
Marketing, Free Offers, Blogging dan Article Marketing.
Setiap Pakej mengandungi ebook dan siri video panduan
untuk membantu anda mencapai kejayaan di dalam setiap model
perniagaan internet yang diberikan. Hak Penjualan Semula
untuk setiap pakej juga disertakan untuk membolehkan anda
menjual semula pakej ini dan menyimpan 100% keuntungan yang
anda perolehi!
Bonus #8
"eBook Rahsia
Trafik"
(Bernilai RM50)
*Belum
Dilancarkan Lagi*
Satu lagi produk terbaru yang baru berada di
dalam proses pelancaran. Ebook ini akan berkongsi dengan
anda strategi trafik pantas dan mudah yang akan membantu
menjana trafik tanpa henti ke laman web anda!Hak
Penjualan Semula Utama disertakan bersama ebook ini.
Terdapat 5 Email Promosi dan 7 Banner Promosi
yang diberikan bersama pakej ini untuk membantu penjualan
anda!
Bonus #9
"eBook Operasi
Affiliate Super"
(Bernilai RM50)
Ebook ini akan membantu anda untuk
menjadi seorang affiliate super yang mampu mendapatkan
komisen yang hebat melalui promosi produk affiliate di dalam
dan luar negara! Hak Penjualan Semula Utama disertakan
bersama ebook ini. Terdapat 4 Banner Promosi yang
diberikan bersama pakej ini untuk membantu penjualan anda!
Bonus #10
"Buku Rahsia
Jutawan Lelong"
(Bernilai RM39.90)
Buku Rahsia Jutawan Lelong yang merupakan
hasil karya terbaru saya akan membantu anda untuk mengenali
dunia lelongan online secara lebih meluas. Buku ini telah
dimuatkan dengan panduan mengenai memulakan store,
penjenamaan, analisa keuntungan dan pelbagai lagi perkara
advan yang merupakan satu sumber rujukan yang mantap selepas
anda menyertai workshop ini.
Bonus #11
"eBook
Pembungkusan Hebat"
(Bernilai RM50)
Ebook ini akan mengajar anda teknik yang
betul di dalam membungkus barangan anda supaya ianya sampai
kepada pelanggan anda dalam keadaan profesional dan selamat.
Bonus #12
"eBook Import
Dari China"
(Bernilai RM80)
Ebook ini akan mendedahkan cara
untuk mengimport barangan daripada negara China dengan mudah
dan pantas. Beberapa sumber laman web pembekal juga
diberikan di dalam ebook ini.
Bonus #13
"eBook Rekod
Simpanan Hebat"
(Bernilai RM50)
Ebook ini akan mendidik anda cara untuk
menyimpan rekod perniagaan yang baik untuk perniagaan anda.
Ramai penjual yang melakukan kesilapan di dalam menyimpan
rekod perniagaan mereka. Ini telah menyebabkan mereka
gagal untuk mencapai potensi keuntungan mereka yang sebenar.
Pelajari cara yang tepat di dalam menyimpan rekod perniagaan
untuk memudahkan anda mengembangkan perniagaan anda sehingga
mencapai tahap yang hebat!
Bonus #14
"eBook
Pengurusan Inventori Hebat"
(Bernilai RM50)
Pengurusan perniagaan online yang berjaya
memerlukan kepandaian anda di dalam menguruskan inventori
barang jualan anda. Tanpa pengetahuan ini, maka akan sukar
untuk anda membuat keputusan perniagaan berdasarkan
permintaan dan keadaan pasaran. Oleh itu, ebook ini akan
membantu anda untuk memahami cara menguruskan inventori
barangan anda dengan tepat dan mudah.
Bonus #15
"300
Koleksi
Header Profesional"
(Bernilai RM300)
Penggunaan header profesional untuk
penjualan anda di portal Lelong.com.my akan meningkatkan
keyakinan dan keinginan pengunjung untuk membeli daripada
anda. Dengan menggunakan pakej Header Profesional ini, anda
sudah tidak perlu menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk
mendapatkan perkhidmatan pereka grafik untuk mereka header
jualan untuk anda. Anda boleh menggunakan koleksi yang telah
diberikan di sini dan boleh mengubah rekaannya menurut
keperluan anda!
Bonus #16
"eBook
Online Time Management"
(Bernilai RM50)
Rahsia di dalam mencapai kejayaan di dalam
perniagaan internet adalah kepandaian anda untuk menguruskan
masa anda untuk aktiviti harian dan juga aktiviti perniagaan
internet anda. Oleh itu, ebook Online Time Management
ini akan
membantu anda untuk mengenalpasti cara untuk menguruskan masa dengan lebih baik supaya anda boleh mencapai kejayaan
yang maksimum di dalam perniagaan internet anda!
Masih ada perkara yang bermain di fikiran
anda? Sila
lihat jawapan saya kepada beberapa soalan lazim mengenai workshop ini:
Soalan-soalan Lazim
S:
Saya sudah membeli buku dan beberapa
produk anda. Kenapa perlu saya menyertai workshop ini?
J:
Tidak semua orang akan mampu bertindak
selepas membaca buku atau meneliti produk-produk saya. Ada
sesetengah orang memerlukan dorongan tambahan dengan
menyertai workshop yang mana anda boleh berbual terus dengan
saya dan boleh menyuarakan masalah-masalah anda. Saya juga
akan menjamin yang workshop ini dimuatkan dengan pelbagai
perkara lain yang belum anda ketahui mengenai cara untuk
menjana wang di portal Lelong.com.my. Di samping itu,
kehadiran seorang lagi penjual hebat iaitu Yuzafi akan
membolehkan anda untuk menimba pengalaman daripada beliau
yang tidak mungkin anda akan perolehi daripada mana-mana
produk saya yang lain.
S:
Kenapa harga workshop anda lebih murah
berbanding harga workshop beberapa sifu internet yang lain?
J:
Saya memberikan harga murah ini sebagai
harga pengenalan untuk workshop kami. Setelah saya
memperolehi testimonial yang mencukupi untuk workshop ini,
maka saya pasti akan meningkatkan harganya kepada harga
pasaran nanti. Walaupun ianya murah pada masa ini, ia tidak
bermaksud yang ianya tidak berkualiti. Di workshop ini anda
akan berpeluang mendapat tunjuk-ajar daripada 2 orang guru
Lelong.com.my yang hebat!
S:
Jika anda sememangnya hebat membuat
duit melalui portal Lelong.com.my, mengapa perlu anda
membuat workshop lagi? Adakah anda sebenarnya membuat duit
melalui workshop sahaja?
J:
Sememangnya saya sebenarnya lebih suka
membuat duit melalui internet berbanding perlu
keluar daripada rumah untuk menjana wang. Tetapi saya
beranggapan yang workshop ini perlu diadakan untuk membantu
lebih ramai orang untuk berjaya melalui portal Lelong.com.my
dan dunia internet. Ilmu yang kita kongsi kepada orang lain,
Insya-Allah akan menambahkan lagi ilmu yang kita miliki.
Sememangnya saya akan membuat duit daripada workshop ini,
tetapi hasil daripada workshop ini bukanlah keuntungan utama
saya. Keuntungan utama saya masih lagi daripada internet.
S:
Adakah saya betul-betul boleh bermula
dengan kos RM0? Walaupun saya buta IT dan belum pernah
menjual melalui internet sebelum ini?
J:
Sebenarnya anda memang boleh bermula
dengan modal RM0. Saya pernah melakukannya dan saya yakin
anda juga boleh melakukannya. Namun demikian, jika
seandainya anda perlu juga mengeluarkan modal untuk
mendapatkan bekalan barangan satu hari nanti, saya berani
menjamin yang ianya masih jauh lebih murah daripada kos yang
perlu anda keluarkan di dalam sebuah perniagaan yang
konvensional. Mengenai masalah buta IT anda, sudah saya
kongsikan tadi bahawa anda tidak perlu membina laman web
sendiri ataupun mempunyai pengetahuan dalam HTML. Sudah
memadai yang anda tahu melakukan beberapa perkara mudah
melalui komputer anda seperti menaip dan klik.
S:
Mengapa perlu saya menjual di
Lelong.com.my sedangkan saya boleh menjual di eBay dan
menjual ke luar negara untuk mendapatkan keuntungan yang
lebih tinggi?
J:
Saya bukannya menyuruh anda untuk
membanding-bandingkan di antara kedua-dua portal tersebut
tentang mana yang lebih hebat. Kedua-dua portal ini
mempunyai kekuatan dan kekurangannya masing-masing. Sebagai
usahawan internet yang bijak, anda sepatutnya dapat
mengenali potensi yang terdapat di portal Lelong.com.my dan
cuba mencari peluang keuntungan daripadanya. Jika pada masa
ini anda sudahpun menjual di eBay, apa kata anda kembangkan
perniagaan anda dengan juga menjual di portal Lelong.com.my
agar anda boleh mendapat keuntungan lumayan daripada
kedua-dua portal hebat ini!
S:
Kenapa perlu saya menjual di portal
Lelong.com.my? Bukankah portal tersebut merupakan tempat
barangan murahan dan low standard?
J:
Inilah anggapan ramai rakyat Malaysia
pada masa ini. Tetapi anggapan tersebut langsung tidak wujud
di dalam minda 800 pemilik Member Store yang melakukan
transaksi bernilai melebihi RM10 JUTA pada setiap bulan di dalam
portal tersebut. Ia sebenarnya terpulang kepada persepsi
anda sendiri mengenai portal Lelong.com.my. Jika anda dapat
melihat di sebalik anggapan yang tidak berasas itu, maka
anda akan pasti dapat melihat peluang perniagaan yang besar
di portal tersebut. Ada orang melihat sesuatu barang lama
sebagai sampah, dan ada orang lain yang melihat barang yang
sama sebagai barangan antik yang amat bernilai. Fikirkanlah.
S:
Saya sudah memiliki laman web atau
kedai saya sendiri, kenapa perlu saya menggunakan portal
Lelong.com.my?
J:
Jika anda sudah memiliki laman web atau
kedai offline anda sendiri, maka anda sepatutnya menggunakan
portal Lelong.com.my untuk membawa lebih ramai pelanggan ke
laman web atau kedai offline anda. Tidak ramai yang tahu
menggunakan strategi penarikan trafik dari portal
Lelong.com.my ini tanpa melanggar sebarang polisi mereka.
Kesemua ini akan saya kongsikan bersama anda di dalam
workshop ini.
"Ini Jaminan Saya"
Sebagai membuktikan kata-kata saya mengenai
Workshop Rahsia Raja Lelong, inilah jaminan saya kepada anda:
"Jaminan Wang
Dikembalikan!"
Sebagai membuktikan
keyakinan saya terhadap isi kandungan Workshop Rahsia Raja
Lelong ini, kami akan memberikan anda masa separuh hari
semasa workshop ini berlangsung untuk menilai kualiti
maklumat dan penerangan yang kami berikan. Jika sekiranya
sehingga jam 12.00 Tengahari pada hari workshop ini
berlangsung, anda mempunyai sebarang rasa tidak puashati
terhadap isi kandungannya, bahan-bahan bertulis yang
diberikan, rahsia-rahsia yang dikongsikan atau sebarang
sebab lain seperti cara kami menguruskan majlis atau pakaian
kami pada masa itu, anda BERHAK untuk menuntut wang bayaran
anda dikembalikan sepenuhnya 100% daripada kami - tanpa
sebarang persoalan! Malah saya akan mengeluarkan wang saya
sendiri untuk membayar makan tengahari anda bersama kumpulan
kami dan anda boleh menyimpan kesemua bonus yang telah anda
perolehi!
"Apakah nilai pengetahuan dan pengalaman yang mampu membantu
anda
untuk menjana keuntungan sehingga 5-Angka sebulan
di
portal Lelong.com.my?"
Mana satu yang anda lebih suka? Pelajari cara untuk membuat duit di Lelong.com.my dengan cara
lama dengan mencuba sendiri secara trial and error (seperti
saya dan Yuzafi sebelum ini) atau mempelajari cara mudah yang dapat
memendekkan waktu pembelajaran anda sehingga menjadi seorang penjual
yang hebat?
Dengan berbekalkan
pengetahuan dan pengalaman daripada 2 guru hebat portal
Lelong.com.my iaitu saya dan Yuzafi, anda juga boleh menjadi penjual
yang hebat di portal Lelong.com.my dalam masa yang sesingkat mungkin!
BERAPA
yang anda sanggup membayar untuk peluang seperti ini?
Jika saya menawarkannya kepada anda
pada harga RM2,000, sudah tentu ia merupakan satu tawaran yang
baik untuk anda. Cuba fikirkan:
Bayaran untuk ceramah saya
adalah minima RM1,000 sejam tetapi anda akan mendapat akses kepada
masa saya semasa workshop ini dan satu tahun selepas tamat
workshop.
Anda tidak perlu belajar dari bawah dan mendapat kerugian
sekiranya cubaan anda tidak berjaya. Anda cuma perlu belajar
dari saya dan Yuzafi dan Insya-Allah anda akan mampu mencapai
pendapatan yang lumayan di portal Lelong.com.my.
Walaupun anda tidak memiliki
kemahiran berkomputer yang hebat, kami akan membantu
anda untuk berdiri sama tinggi dengan penjual lain yang mempunyai kemahiran yang lebih banyak dari anda.
Secara
ringkasnya, peluang hebat ini tidak patut anda lepaskan begitu
saja!
Ini satu berita yang BAIK...
Saya tidak akan menawarkan
workshop ini pada harga
RM2,000.
Saya juga tidak akan menawarkannya
kepada anda pada harga RM1,000.
Jauh sekali...
Ia cuma memerlukan pelaburan
anda sebanyak...
RM2,000RM1,000 RM490
(Tarikh
Tutup Pendaftaran: 5hb Ogos 2009)
(Diskaun
sebanyak RM150 untuk setiap peserta akan diberikan untuk
pendaftaran secara berkumpulan untuk 2 atau
lebih orang. Jika anda mempunyai
sebarang persoalan mengenai workshop ini,
anda boleh terus menghubungi wakil kami Cik Julie di
handphone no. 012-7207150)
Terus terang saya katakan kepada
anda, ini cuma harga pengenalan. Setelah saya mendapat jumlah
testimonial yang mencukupi, saya akan menaikkan harga workshop ini
kepada harga pasaran yang sebenarnya.
Oleh itu, anda perlu bertindak sekarang
supaya anda boleh menjadi penjual hebat seterusnya di
Lelong.com.my!
Salam kejayaan,
Gerry Eruwan
Gerry Norsen
P.S.
Saya menjamin yang anda akan mendapati bahawa semua maklumat
yang dikongsikan di dalam Workshop Rahsia Raja Lelong adalah berguna
dan akan dapat membantu untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan lelongan
online anda sehingga berjaya. Anda akan mendapat beratus-ratus kali
ganda harga pelaburan kecil anda untuk menyertai workshop ini. Saya
memberikan Jaminan Penyertaan Tanpa Risiko untuk menyertai
workshop ini memandangkan saya menjanjikan 100%
Wang Dikembalikan - sekiranya anda tidak
berpuashati dengan isi kandungan workshop ini setelah setengah hari
menyertainya, saya akan mengembalikan
100% wang pembayaran anda tanpa sebarang persoalan.
P.P.S.
Ingat! Memandangkan saya menawarkan workshop ini
beserta guru jemputan khas yang merupakan salah
seorang penjual hebat di portal Lelong.com.my, dan juga bonus-bonus hebat bernilai
RM4,470 kepada anda, saya
cuma boleh memberikan tawaran ini untuk satu jangkamasa yang terhad. Dalam pada itu,
adalah sangat penting untuk anda menyertai
workshop ini sekarang supaya anda juga
boleh mendapatkan bahagian anda daripada RM10 Juta yang dibelanjakan
di portal Lelong.com.my pada setiap bulan!Sertainya SEKARANG!