10% Penipuan di Internet Berlaku di Portal Lelongan
Online!*
(*Berdasarkan
2010 Internet Crime Report
oleh
Internet Crime Complaint Center
di US)
Anda Mungkin Menjadi
Mangsa Yang Seterusnya...
DARI: Eruwan Gerry RE:
AWAS! Trik Penipu di eBay...
Wahai Sahabat,
Ada mungkin
sudah sedia maklum tentang kehebatan dan kekuatan portal
eBay di mana sudah ramai orang di seluruh dunia yang
melakukan transaksi sebagai pembeli atau penjual di
portal tersebut.
Berikut adalah beberapa maklumat
penting
mengenai eBay yang perlu anda ketahui:
Terdapat melebihi 100 juta
paparan barangan untuk dijual di eBay
Portal eBay mengandungi
50,000 kategori barangan
Transaksi sebanyak
USD$1,840 berlaku pada setiap saat di eBay
Melebihi 1.3 juta penjual
di seluruh dunia menggunakan portal eBay sebagai
sumber pendapatan utama atau kedua mereka
Anda cuma perlu
menggunakan satu User ID untuk mengakses
kesemua portal eBay di 39 buah negara di seluruh
dunia!
eBay mempunyai melebihi 88
juta ahli yang berdaftar di seluruh dunia.
Oleh kerana kekuatan dan
kehebatan portal tersebut, maka ia telah menarik
minat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk
mencari wang mudah dengan cara mengambil kesempatan di atas kekurangan pengetahuan dan
pengalaman orang-orang yang menggunakan portal tersebut.
Keadaan ini jelas terbukti
berdasarkan fakta yang tercatat di dalam 2010
Internet Crime Report yang telah dikeluarkan oleh
Internet Crime Complaint Center di Amerika Syarikat.
Biro tersebut telah memberikan senarai Top 10
jenis-jenis penipuan internet yang telah dilaporkan
kepada mereka untuk sepanjang tahun 2010.
Penipuan di
portal lelongan online telah menduduki tempat ke-3 di
dalam senarai tersebut.
Berikut adalah screenshotTop 10 Crime Types
daripada laporan tersebut:
Anda mungkin terfikir,
penipuan ini cuma berlaku di Amerika Syarikat saja dan
tak mungkin akan berlaku ke atas pengguna-pengguna
portal lelongan online di negara kita Malaysia...
Namun demikian, berdasarkan
kajian saya, ia sememangnya berlaku terhadap
pengguna-pengguna portal eBay di negara kita sama ada
mereka sebagai penjual atau pun pembeli. Bezanya cuma,
rakyat negara kita masih lagi kurang kesedaran untuk
melaporkan kejadian-kejadian penipuan yang berlaku ke
atas mereka. Cuma sebilangan kecil saja kes yang
dilaporkan kepada pihak berkuasa dan dipaparkan di dalam
media massa. Saya percaya, sebilangan besar daripada kes
yang berlaku tidak dilaporkan seperti sepatutnya...
Berikut adalah sebilangan
kes penipuan yang sempat saya rekodkan berdasarkan
kajian saya di forum portal eBay, blog dan juga laman
web di Malaysia:
No.
Kes Penipuan
1.
Pada 24hb Disember 2005, seorang pembeli telah
membeli sebuah kamera jenama Konica
daripada seorang penjual di portal eBay
Malaysia. Selepas melakukan pembayaran, penjual
menyatakan yang proses penghantaran akan
mengambil masa sehingga 12 hari. Selepas 12 hari
berlalu, barang tersebut masih belum tiba di
tempat pembeli. Apabila pembeli cuba menghubungi
si penjual, penjual langsung tidak memberikan
sebarang respon.
2.
Pada 18hb Mac 2006, terdapat penjual-penjual
daripada negara China yang mendaftar di portal
eBay Malaysia yang bertindak menjual
produk-produk beg tangan wanita yang tidak
tulin. Akibatnya, ramai pembeli telah tertipu
dengan membeli barangan yang tidak tulin si
penjual menjualnya seakan-akan yang ianya
barangan tulin.
3.
Pada 24hb Jun 2009, seorang pembeli telah ditipu
oleh seorang penjual di portal eBay Malaysia.
Penjual tersebut mengatakan yang dia sedang
menjual barang rampasan pihak kastam. Oleh
kerana itu, penjual tersebut menjual
produk-produk berjenama dengan harga yang amat
murah. Pembeli tersebut telah kehilangan hampir
RM5000 tanpa mendapat apa-apa barang yang telah
dibelinya daripada penjual tersebut.
4.
Pada 27hb September 2009, seorang pembeli telah
ditipu oleh seorang penjual di eBay Malaysia.
Pembeli tersebut telah membayar untuk membeli
sebuah telefon bimbit yang sedang dijual.
Penjual tersebut mengatakan bahawa barang
tersebut sudah dihantar kepada pembeli tetapi
sehingga hari ini ianya tidak sampai seperti
yang sepatutnya. Penjual tersebut sudah tidak
dapat dihubungi lagi selepas itu. Setelah itu,
pembeli tadi mendapati bahawa penjual yang sama
telah menipu ramai ahli eBay Malaysia yang lain
sehingga berjumlah beribu-ribu Ringgit.
5.
Ada penipu dari negara China yang mendaftarkan
diri mereka di portal eBay Malaysia dan
bertindak menjual produk-produk elektronik
seperti laptop pada harga yang murah. Setelah
mendapat pembayaran daripada pembeli, mereka
tidak menghantar barangan malah bertindak
mengugut pembeli untuk menyerahkan lebih banyak
wang agar tidak mendapat rating negatif daripada
si penjual.
6.
Ada pembeli dari negara Nigeria yang menghubungi
penjual-penjual di portal eBay Malaysia dan
ingin membeli barang jualan mereka. Mereka
menyuruh penjual menghantar barangan ke negara
mereka Nigeria. Pembayaran yang mereka katakan
telah dibuat sebenarnya penipuan semata-mata.
Mereka menggunakan cara pembayaran yang sukar
untuk dikesan kesahihannya seperti BidPay
dan Western Union.
7.
Seorang pembeli daripada Jepun menghantar mesej
kepada penjual-penjual di portal eBay Malaysia
dengan tujuan ingin membeli satu produk yang
hanya dijual di Malaysia. Pembeli tersebut
memohon bantuan daripada mana-mana penjual yang
sudi menghulurkan bantuan. Di sebaliknya
permohonan tersebut, si pembeli hanya ingin cuba
mendapatkan maklumat akaun Paypal penjual dengan
tujuan untuk menyalahgunakannya.
8.
Seorang penjual yang menjual telefon bimbitnya
di portal eBay Malaysia telah mendapat pembelian
daripada seorang pembeli daripada Nigeria.
Pembeli tersebut telah menyatakan yang dia sudah
melakukan pembayaran menerusi Bank of America
dengan memberikan email makluman daripada bank
tersebut. Penjual tanpa rasa was-was telah
menghantar telefon bimbit tersebut ke alamat
yang telah diberikan di Nigeria. Sehingga kini,
si penjual belum menerima bayaran untuk
pembelian tersebut.
9.
Satu lagi kes penipuan seperti di dalam cerita
nombor 10, seorang penjual telah mendapat
pembelian untuk laptopnya daripada
seorang pembeli di Nigeria. Penjual mendapat
satu email daripada Paypal yang
menyatakan bahawa dia sudah menerima pembayaran.
Tanpa rasa was-was penjual tersebut telah
menghantar barang ke Nigeria. Sehingga kini, dia
belum mendapat sebarang pembayaran daripada
Paypal untuk pembelian tersebut sedangkan
pembeli mengatakan yang dia sudah melakukan
pembayaran.
Apa yang telah dilaporkan
pada hemat saya,
cuma sedikit saja daripada jumlah sebenar yang
berlaku...
Kejujuran
eBay
Laman web ini bukan dihasilkan untuk
menjatuhkan atau memalukan portal lelongan online #1
dunia iaitu eBay!
Pihak eBay sentiasa mempertahankan
kejujuran portal mereka di dalam memberikan ruangan
untuk menjalankan urusniaga di antara seseorang penjual
dengan seseorang pembeli. Malah mereka telah melakukan
pelbagai perkara dengan tujuan untuk memastikan setiap
ahli di dalam portal mereka turut berpegang kepada
prinsip kejujuran di dalam urusniaga tersebut.
Laman web
ini sebenarnya telah saya hasilkan untuk mendidik lebih
ramai rakyat Malaysia mengenai jenis-jenis penipuan yang
berlaku di eBay dan perkara-perkara lain yang mempunyai
perkaitan dengan penipuan di portal eBay.
Penipuan-penipuan ini dilakukan oleh pihak-pihak
yang tidak bertanggungjawab yang menggunakan eBay untuk
mendapatkan keuntungan mudah dan
bukannya
dilakukan oleh pihak eBay sendiri.
Portal eBay boleh saya umpamakan sebagai
sepucuk pistol. Jika pistol tersebut berada di dalam
tangan seseorang yang baik seperti seorang polis, maka
pistol tersebut akan digunakan untuk kebaikan. Jika
pistol tersebut berada di dalam tangan seseorang yang
jahat seperti seorang penjenayah, maka pistol tersebut
pasti akan digunakan untuk melakukan keburukan.
Keadaan ini sama seperti portal eBay.
Portal eBay telah disediakan untuk membantu individu
yang baik untuk melakukan urusniaga jual beli di dalam
keadaan yang jujur dan selamat. Tetapi ia juga sering
disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak
bertanggungjawab dengan tujuan untuk mengaut keuntungan
mudah dengan menggunakan portal tersebut.
Oleh itu, sebagai seorang
pengguna portal eBay, anda perlu mempunyai pengetahuan
di dalam memahami dan menangani masalah penipuan di
portal eBay sekiranya ianya berlaku ke atas diri anda.
Saya
Pernah Ditipu!
Saya pernah
ditipu di eBay!
Walaupun saya
kini dikenali sebagai Pakar Lelongan Online #1 di
Malaysia yang telah menghasilkan buku-buku bestseller
iaitu buku Rahsia Raja Lelong
dan juga buku Rahsia
Jutawan Lelong, pada awal penglibatan saya di eBay,
saya pernah ditipu oleh seorang ahli lain. Sudah tentu
keadaan tersebut tidak mengambarkan pengetahuan seorang
”pakar” kerana telah berjaya ditipu oleh orang lain.
Namun demikian, itulah yang telah berlaku kepada saya.
Disebabkan
oleh kurangnya pengetahuan dan pengalaman saya di portal eBay
pada masa itu, saya telah berjaya ditipu oleh seorang
penjual di eBay yang berada di Romania! Saya telah
ditipu untuk membeli sebuah laptop berjenama
mahal pada satu harga yang murah.
Akibatnya, laptop
tak dapat, duit pula hilang begitu saja kerana saya
telah melakukan pembayaran melalui Western Union
yang menyukarkan proses untuk mendapatkan semula duit
yang telah anda hantar kepada pihak lain.
Bermula dari
peristiwa hitam tersebut, saya telah bertekad untuk
tidak lagi mudah terpedaya oleh mana-mana penjual atau
pembeli di eBay ataupun di mana-mana laman web lain di
dalam internet.
Saya telah
meningkatkan pengetahuan saya dan telah berusaha untuk
mempelajari sebanyak mungkin perkara mengenai bagaimana
pihak-pihak tidak bertanggungjawab melakukan penipuan di
portal eBay dan juga di laman-laman web lain yang
mempunyai perkaitan dengan eBay seperti di Paypal dan
juga di laman web dropshipper.
Pengetahuan
& Pengalaman Kunci Kejayaan!
Kini, saya
dikenali sebagai seorang pakar lelonganonline di
Malaysia dan saya banyak meluangkan masa untuk membantu
orang lain untuk memulakan perniagaan mereka di portal
eBay dan membantu mereka untuk mencapai kejayaan di
dalam portal tersebut.
Berikut adalah di antara beberapa
jemputan ceramah dan workshop yang pernah saya hadiri:
Konvensyen Keusahawanan anjuran Yayasan Pelajaran MARA (YPM)
dan
Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dengan 1000
peserta
Wealth Summit anjuran syarikat Mentor Jutawan - Azizi
Ali
Konvensyen Keusahawanan TEKNOPUTRA anjuran MARA,
INSKEN
dan Universiti KL dengan dihadiri 300 peserta
Pelancaran buku di Pesta Buku Antarabangsa di PWTC
Penceramah untuk pihak eBay South East Asia di Ceramah
"Empowering Business Through E-Commerce on eBay" di
Bangunan
MATRADE dengan dihadiri 300 peserta usahawan perniagaan
kecil dan sederhana Malaysia
Penceramah jemputan untuk Biz Talk kepada
pelajar-pelajar
Executive Master in Business
Administration di UiTM
Ini pula adalah
gambar saya bersama Mentor Jutawan - Azizi Ali dan juga
Pengarah Urusan TrueWealth Sdn Bhd - Azlynn Azizi untuk buku Rahsia
Raja Lelong dan buku Rahsia Jutawan Lelong saya:
Mentor Jutawan - Azizi Ali
menyakini pengetahuan dan pengalaman saya sehinggakan
beliau sudi menemuramah saya untuk buku beliau - Jalan Pintas Kekayaan:
Saya juga pernah
dijemput untuk berkongsi tentang buku Rahsia Raja Lelong
saya di dalam rancangan televisyen kelolaan RTM:
Sahabat-sahabat
usahawan internet saya di Malaysia juga sering menjemput
saya untuk menyertai program mereka dan juga berkongsi
tentang pengetahuan dan pengalaman saya dalam lelongan
online:
Eruwan bersama Pengasas
Forum WangCyber -
Mohd Suhaimy Abu Bakar a.k.a Shuth
Eruwan bersama
Gero Azrul - Pengerusi Persatuan Usahawan Internet
Malaysia
Eruwan bersama Team Penang (dari
kiri: Jimie, Razif, Eruwan, Zamri & Rosli)
Eruwan bersama
Jutawan Singapura - Abang Abu
Eruwan bersama
Pakar Ebook - Jamaluddin Bahari
Eruwan bersama
Pakar Affiliate - Rahman Basri
Eruwan Gerry bersama Ammar Zahar
& Ritchie
Oleh itu, tidak
terlalu ekstrem jika saya katakan yang saya memang arif
tentang perniagaan internet dan juga perniagaan lelongan
online di portal Lelong dan juga eBay...
Buku AWAS!
Trik Penipu di eBay
Di sepanjang
usaha saya untuk membantu orang lain, akan ada individu
yang meluahkan kepada saya bahawa mereka telah ditipu
oleh pihak-pihak tertentu seperti penjual di eBay,
pembeli di eBay atau mana-mana laman web lain yang
mendakwa mereka mempunyai perkaitan dengan portal eBay.
Oleh itu, idea
untuk menghasilkan buku yang bakal menjadi rujukan utama
mengenai teknik penipuan yang boleh berlaku di portal
eBay kepada pembeli dan penjual dan juga penerangan
terperinci cara untuk menangani dengan berkesan
penipuan-penipuan tersebut telah lahir.
Tidak lama
selepas itu, saya telah mengabadikan idea tersebut ke
dalam karya saya yang seterusnya iaitu
buku AWAS! Trik Penipu di eBay.
Dengan berbekalkan maklumat dan
pengetahuan yang anda perolehi daripada buku ini, saya
pasti yang anda akan lebih yakin melakukan urusniaga
anda di portal eBay sebagai seorang pembeli atau penjual
dan akan mampu mengenalpasti unsur-unsur yang meragukan
pada sesuatu tawaran di eBay atau di mana-mana laman web
lain yang mempunyai perkaitan dengan eBay.
Anda
juga akan lebih berupaya untuk mengenali pihak-pihak yang
tidak bertanggungjawab ini dan akan mampu mempertahankan
diri anda daripada dipermainkan oleh mereka. Ini sudah
tentu akan dapat membantu untuk mencapai objektif
anda di portal eBay iaitu sebagai seorang pembeli atau sebagai
seorang penjual yang berjaya.
Isi
Kandungan Mantap!
Berikut adalah di
antara perkara penting yang boleh anda pelajari sebagai
seorang penjual atau pembeli di portal eBay dengan mendapatkan
buku AWAS! Trik Penipu di eBay:
4 kategori penipu
di portal eBay. Jika anda mengetahui
kategori-kategori mereka, maka akan lebih mudah
untuk anda menangani jenis-jenis penipuan yang
mereka lakukan.
Terdapat satu penipuan
di portal eBay yang sering
digunakan oleh penjual-penjual yang tidak
bertanggungjawab. Saya akan bongkarkan cara mudah
untuk mengenali penipuan sebegini supaya anda boleh
terus mengelak daripada terjebak ke dalam perangkap
mereka. Tip ini siap dilengkapi dengan gambarajah
untuk membantu pemahaman anda. Anda pasti tidak mahu
terlepas pengetahuan ini...
Satu lagi
teknik penipuan yang sering digunakan oleh
penjual-penjual yang tidak bertanggungjawab di
portal eBay adalah dari segi penulisan tajuk dan
diskripsi barangan. Di dalam Bab 6, saya
akan ajar anda bagaimana untuk mengenalpasti penjual
yang menipu dari segi penulisan tajuk dan diskripsi
barang jualan. Ini akan membantu anda untuk
mengasingkan penjual yang betul-betul jujur dengan
penjual yang boleh diragui kepercayaannya!
Jika anda telah
membida untuk satu barang pada harga yang rendah -
jangan terus gembira... Si penjual masih boleh
melakukan penipuan yang boleh meningkatkan harga
akhir yang perlu anda bayar kepadanya. Jika anda
sudah membida pada harga yang rendah, jangan sampai
pada akhirnya anda terpaksa membayar pada satu harga
tinggi yang lebih daripada kemampuan anda. Anda
perlu tahu strategi untuk mengelakkan daripada
diperdaya dengan sedemikian rupa.
Ada di kalangan
penjual yang akan menghubungi anda di luar portal
eBay untuk menawarkan barang jualan mereka pada
harga yang lebih murah. Bagaimana untuk
mengenalpasti penjual mana yang jujur dan penjual
mana yang sebenarnya ingin melakukan penipuan? Saya
akan kongsikan rahsianya bermula di Mukasurat 36.
Saya akan berikan satu cara penting untuk memastikan
yang urusniaga anda itu akan berlangsung dengan selamat...
Pasti ada penjual
yang menjual barangan tiruan di portal eBay
seakan-akan tulin atau original. Malah si penjual
sendiri akan berani menjamin yang ianya barang
tulin. Tetapi bagaimana anda boleh memastikan
ketulinan barang tersebut? Saya akan berikan anda
3
langkah mudah untuk mengenalpasti sama ada barang
tersebut adalah tulin atau sebaliknya. Dengan
mengetahui 3 langkah ini, kehidupan anda sebagai
seorang pembeli di portal eBay akan menjadi jauh
lebih mudah...
Para
penjual di
portal eBay sering menjadi sasaran sindiket penipuan
antarabangsa untuk mendapatkan maklumat akaun
mereka. Jika anda merupakan seorang penjual di
portal eBay, maka maklumat anda mungkin dalam
bahaya. Bermula Mukasurat 53, saya akan kongsikan
cara untuk mengelakkan daripada maklumat akaun eBay
anda dicuri dan disalahgunakan oleh pihak-pihak yang
tidak bertanggungjawab. Strategi yang mereka gunakan
adalah licik dan dikebanyakkan masa langsung
tidak diketahui oleh pihak eBay sendiri. Saya tahu
kerana saya sendiri pernah terkena penipuan ini...
Sudah biasa
terjadi si pembeli akan memberikan alasan barang
yang anda hantar sebagai seorang penjual di portal
eBay telah rosak atau tidak sampai dan si pembeli
meminta refund wang yang telah mereka bayar. Dalam
kebanyakkan kes, ia sebenarnya adalah satu bentuk
penipuan di pihak pembeli. Terdapat cara untuk
menangani penipuan ini dan anda sebagai seorang
penjual di eBay WAJIB mempelajarinya kerana ia akan
mampu mengelakkan kerugian yang besar di dalam
perniagaan anda di portal eBay dalam
jangkamasa panjang.
Memandangkan
persaingan sebagai penjual di portal eBay amat
tinggi, maka lebih ramai penjual baru di portal eBay
yang ingin mengambil jalan mudah untuk mencapai
kejayaan sebagai seorang penjual berbanding
penjual-penjual veteran yang terpaksa bermula dari
bawah dan membina perniagaan mereka secara
berperingkat-peringkat.
Penjual-penjual ini
lebih suka untuk meniru atau copy & paste segala
barang yang sedang dijual oleh penjual lain yang
telah berjaya. Mereka tanpa segan silu meng-copy gambar,
tajuk dan juga diskripsi barangan untuk digunakan di
dalam barang jualan mereka sendiri di portal eBay.
Akibatnya, anda sebagai penjual mendapat
pesaing-pesaing baru yang menjual barangan hampir
100% sama dengan apa yang sedang anda jual di portal
eBay. Ini sudah pasti akan menyukarkan diri anda
untuk terus "mencari makan" di portal eBay. Jika
anda tidak tahan dengan situasi sebegini, mungkin
anda akan terus mengalah dan ini akan membolehkan penjual itu bermaharajalela. Anda perlu
menghentikan perbuatan penipuan sebegini yang pasti
cuma akan menyusahkan anda. Saya telah bongkarkan
caranya di dalam buku AWAS! Trik Penipu di eBay.
Selain daripada
maklumat-maklumat penting di atas, saya juga akan
kongsikan beberapa perkara penting lain yang perlu anda
tahu sebagai seorang ahli portal eBay. Di antaranya
adalah:
Salah satu cara
untuk mengembangkan perniagaan anda di portal eBay
sebagai seorang penjual adalah dengan menggunakan
perkhidmatan dropshipping yang disediakan oleh
pihak-pihak tertentu di dalam dunia internet.
Masalahnya, dengan terdapat beribu-ribu portal yang
mendakwa boleh mendapatkan bekalan untuk anda dan
membantu melakukan dropshipping,
bagaimana anda
boleh pastikan pihak mana yang sememangnya jujur dan
bukan hanya ingin melarikan diri dengan wang anda?
Di dalam Bab 16 saya akan kongsikan
perkara-perkara penting yang perlu anda perhatikan
sebelum menerima perkhidmatan pembekal dan
dropshipping yang ditawarkan oleh mana-mana pihak.
Saya juga akan berkongsi maklumat tentang
pembekal yang betul-betul
terjamin kejujuran dan sikap profesional mereka. Ini
sememangnya satu maklumat yang PANAS!
Anda perlu tahu
cara untuk
mendapatkan bantuan pihak eBay dengan pantas. Kini
sudah terdapat melebihi 100 Juta ahli portal eBay di
seluruh dunia. Bagaimana untuk anda pastikan yang
anda mendapat layanan yang pantas daripada pihak
mereka? Saya akan bongkarkan caranya di dalam Bab
19.
Cara transaksi
pembayaran melalui pembeli dan penjual yang paling
banyak digunapakai di portal eBay adalah transaksi
pembayaran melalui Paypal. Tahukah anda bahawa
sebagai pemilik akaun Paypal, anda juga mempunyai
risiko tinggi untuk ditipu oleh pihak-pihak tidak
bertanggungjawab yang cuma mahukan maklumat peribadi
akaun Paypal anda? Jangan sampai anda menjadi mangsa
penipuan sehingga "licin" semua wang yang anda
miliki di dalam akaun Paypal anda. Saya berada di
sini untuk membantu anda... Caranya sudah saya
sediakan di dalam buku AWAS! Trik Penipu di eBay...
Akhir sekali, saya
akan kongsikan bagaimana menguruskan kes-kes Unpaid
Items atau barangan yang telah dibeli atau dibida
tetapi tidak dibayar oleh si pembeli. Selalunya
perkara ini dilakukan oleh Joybidders atau pembida
suka-suka. Saya akan kongsikan cara bagaimana untuk
menangani kes-kes seperti ini dan bagaimana untuk
menjana wang untuk barang jualan anda walaupun
berlaku penipuan daripada pembeli utama anda itu...
Maklumat ini amat berharga untuk masa depan
perniagaan anda di portal eBay.
Itulah sedikit sebanyak maklumat berharga yang akan saya
kongsikan kepada anda di dalam buku AWAS! Trik Penipu di
eBay. Masih terdapat banyak lagi maklumat penting yang
tidak sempat saya senaraikan di sini... Tetapi saya
berharap yang anda faham bahawa tidak ada buku rujukan
sepertinya di pasaran Malaysia pada masa kini. Oleh itu,
ia bakal menjadi satu bahan rujukan yang berharga untuk
segala urusan anda di portal eBay sebagai seorang
pembeli atau penjual.
Kontroversi PANAS!
Semenjak buku saya ini dilancarkan di pasaran Malaysia,
ia telah menimbulkan satu kontroversi yang panas!
Ada di
kalangan penjual veteran dari Malaysia di portal eBay yang
tidak
berpuashati dengan pendedahan saya ini. Mereka cuma
mahukan segala bahan yang dihasilkan mengenai portal
eBay oleh rakyat Malaysia cuma menceritakan mengenai kebaikan dan kehebatan
portal tersebut.
Oleh
kerana rasa tidak puashati, mereka telah membuat laporan
mengenai buku saya ini kepada pihak eBay South East Asia
yang berpusat di Singapura. Pihak eBay South East Asia
telah menghubungi saya dan memohon penjelasan mengenai
kandungan buku tersebut.
Saya
telah memberikan maklumat sepenuhnya mengenai niat saya
di dalam menulis buku ini dan juga kepentingan untuk
mendidik lebih ramai ahli mengenai risiko-risiko yang
boleh dihadapi sebagai seorang pembeli atau penjual di
portal eBay. Malah saya telah menghantar satu buku
kepada mereka di Singapura untuk dilihat dan dinilai isi
kandungannya. Setelah itu, mereka menerima penjelasan
saya...
Seperti
yang telah saya kongsikan di bahagian awal laman web ini,
syarikat eBay tidak pernah sama sekali bertindak menipu
ahli-ahli mereka. Begitu juga dengan syarikat Paypal.
Kes-kes
penipuan berlaku disebabkan oleh pihak-pihak lain yang tidak
bertanggungjawab dan bertindak menyalahgunakan
kemudahan yang telah disediakan oleh syarikat eBay dan
syarikat Paypal untuk mengaut keuntungan untuk diri
mereka sendiri.
Pihak
eBay sentiasa berusaha untuk memperbaiki ciri-ciri
keselamatan yang terdapat di dalam portal mereka agar
dapat mengurangkan kebarangkalian terjadinya kes
penipuan di dalam portal mereka.
Berdasarkan kajian pihak eBay, 99.9% daripada segala
transaksi urusniaga yang berlaku di eBay berakhir dengan
kejayaan di antara penjual dan pembelinya. Cuma terdapat
lebih kurang 0.1% daripada urusniaga yang berlaku di
eBay adalah urusniaga penipuan yang dilakukan oleh
pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Saya
percaya bahawa kes-kes penipuan adalah lebih tinggi daripada yang dilaporkan kerana masih ramai lagi
pengguna portal eBay yang tidak faham tentang hak-hak
mereka dan apa yang perlu mereka lakukan apabila berlaku
sebarang kes penipuan ke atas diri mereka. Ini
menyebabkan mereka tidak membuat laporan kepada pihak
eBay seperti yang sepatutnya mereka lakukan.
Saya
secara jujur berharap yang anda dapat mengambil manfaat
dan ilmu yang berguna berdasarkan apa yang telah saya
kongsikan di dalam buku ini. Dengan berbekalkan
pengetahuan yang telah anda perolehi, anda akan lebih
bersedia untuk menjalankan urusniaga sebagai seorang
pembeli atau penjual hebat di portal eBay dan akan mampu
mengenalpasti sekiranya terdapat pihak lain yang ingin
melakukan penipuan terhadap anda.
Pertahankan Diri
Anda Sebagai Pembeli Atau Penjual di Portal eBay Daripada Penipu &
Penyangak!
Saya
telah mencurahkan segala pengetahuan dan pengalaman
saya selama 8 tahun di dalam dunia perniagaan
lelongan online di dalam buku AWAS! Trik Penipu
di eBay
untuk membantu pembeli dan penjual di portal eBay
untuk menjadi seorang pengguna portal yang lebih
HEBAT!
Oleh kerana itu, saya
yakin bahawa tidak terdapat sebarang bahan rujukan
lain di pasaran Malaysia yang mampu membongkar segala
penipuan dan cara mempertahankan diri anda seperti yang telah saya
hasilkan ini.
Sekiranya anda serius
di dalam mencapai kejayaan yang hebat di portal
eBay, buku AWAS! Trik Penipu di eBay
sepatutnya menjadi sahabat karib anda!
Dengan pelaburan
sebanyak hanya RM15
sahaja untuk mendapatkan buku ini, saya pasti yang
anda akan berterima kasih kepada saya apabila
maklumat yang terkandung di dalamnya mampu membantu
mengelakkan kehilangan wang anda dalam ratusan atau
ribuan Ringgit disebabkan penipuan di portal eBay.
Ia semestinya satu pelaburan yang amat wajar!
Tidak ada sebarang
perkara yang ditinggalkan - segala rahsia dibongkar
di dalam buku ini!
(Anda akan dihantar ke laman web penerbit
yang selamat
untuk melengkapkan urusniaga).
Sebaik sahaja pihak
penerbit memproses pesanan anda, buku anda akan
dihantar kepada anda pada selewat-lewatnya 2 hari
bekerja selepas anda membuat pesanan. Buku anda akan sampai
kepada anda dalam masa 1 - 3 hari bekerja bergantung
kepada lokasi anda.
Jika anda tidak mahu
kehilangan wang disebabkan penipuan yang boleh
berlaku di portal eBay, anda perlu mendapatkan buku
ini SEKARANG!
Tidak! Buku ini adalah buku
fizikal yang boleh anda bawa ke mana sahaja untuk dibaca.
S:
Adakah pesanan saya selamat?
J:
Ya! Pesanan anda 100% selamat
kerana pesanan anda diprocess melalui laman web pihak penerbit
di
www.PTS.com.my melalui sistem pemesanan yang selamat.
S:
Bagaimana buku tersebut akan
dihantar kepada saya?
J:
Buku tersebut akan dihantar kepada
anda melalui Pos Ekspress atau Pos Laju yang cepat dan selamat. Ia
akan terus dihantar ke alamat yang telah anda berikan semasa
pemesanan. Penghantaran melalui Pos Ekspress atau Pos Laju mengambil masa 1 -
3 hari bergantung kepada lokasi anda. Anda juga akan diberi
nombor rujukan untuk membolehkan anda melihat pergerakan
bungkusan anda.
S:
Bilakah buku tersebut akan
dihantar kepada saya selepas pesanan?
J:
Buku tersebut akan dihantar kepada
anda dalam masa selewat-lewatnya 2 hari bekerja selepas pesanan
dibuat.
S:
Bagaimana keadaan buku yang saya
pesan?
J:
Buku yang anda pesan adalah baru
dan belum pernah digunakan kerana anda membuat pesanan terus
daripada pihak penerbit.
S:
Adakah pesanan saya dijamin?
J:
Ya! Pesanan anda dijamin oleh
pihak penerbit. Anda boleh mendapatkan ganti daripada pihak
penerbit jika terdapat sebarang masalah
percetakan pada buku yang telah anda pesan
itu.
S:
Bagaimana saya boleh mendapatkan
maklumat berkenaan pesanan saya?
J:
Anda boleh mendapatkan maklumat
lanjut mengenai pesanan anda dengan menghubungi PTS Sdn Bhd di email:
sales@pts.com.my atau di nombor telefon: 03-61880316.
S:
Adakah pihak Admin Rahsia Raja
Lelong dapat membantu saya mendapatkan maklumat berkenaan
pesanan saya?
J:
Tidak. Pihak admin kami hanya
bertanggungjawab menjalankan aktiviti promosi. Segala urusan
pesanan diproses oleh pihak penerbit kerana segala pesanan
melalui laman web Rahsia Raja Lelong akan disalurkan kepada
laman web pesanan mereka. Untuk mendapatkan maklumat lanjut
mengenai pesanan anda, sila hubungi PTS Sdn Bhd seperti yang tertera di jawapan di atas.
P.S.
Saya menjamin yang anda akan mendapati bahawa semua maklumat
yang terkandung di dalam buku AWAS! Trik Penipu di eBay adalah berguna
dan akan mampu membantu anda daripada kehilangan ratusan atau ribuan
Ringgit disebabkan penipuan di portal eBay. Anda akan mendapat beratus-ratus kali
ganda harga pelaburan kecil anda untuk mendapatkan buku ini. Pihak
penerbit saya
memberikan Jaminanuntuk memberikan ganti jika
terdapat sebarang masalah percetakan pada buku pesanan anda.
P.P.S.
Ingat! Anda perlu memiliki pengetahuan yang
mantap agar tidak menjadi mangsa sebarang
penipuan selama anda menjadi seorang pembeli
atau penjual di portal eBay. Saya amat yakin,
satu maklumat penting yang berjaya anda aplikasi
daripada buku saya ini akan pasti dapat
menyelamatkan wang anda ratusan atau ribuan
ringgit pada masa hadapan. Dalam pada itu,
adalah sangat penting untuk anda membeli buku
ini sekarang supaya anda mendapat manfaat
yang sepenuhnya! Beli SEKARANG!