Soalan-soalan Lazim

       
  S: Adakah buku ini e-book?  
       
  J: Tidak! Buku ini adalah buku fizikal yang boleh anda bawa ke mana sahaja untuk dibaca. Klik di sini untuk melihat buku ini di tangan Azizi Ali "Mentor Jutawan" dan Eruwan Gerry Norsen.  
       
       
  S: Adakah pesanan saya selamat?  
       
  J: Ya! Pesanan anda 100% selamat kerana pesanan anda diprocess melalui laman web pihak penerbit di www.MillionairesPlanet.com. Mereka menggunakan pemesanan melalui sistem 2Checkout untuk kad kredit dan Maybank2U untuk pemindahan wang melalui online. Mereka telah menggunakan sistem-sistem tersebut selama lebih daripada 5 tahun tanpa sebarang komplen daripada pihak pembeli.  
       
       
  S: Adakah saya perlu membayar kos penghantaran buku tersebut?  
       
  J: Tidak! Kos penghantaran akan ditanggung oleh pihak penerbit. Anda cuma perlu membayar harga buku iaitu RM39.90 sahaja.  
       
       
  S: Bagaimana buku tersebut akan dihantar kepada saya?  
       
  J: Buku tersebut akan dihantar kepada anda melalui Pos Ekspress yang cepat dan selamat. Ia akan terus dihantar kepada alamat yang telah anda berikan semasa pemesanan. Penghantaran melalui Pos Ekspress mengambil masa 1 - 3 hari bergantung kepada lokasi anda. Anda juga akan diberi nombor rujukan untuk membolehkan anda melihat pergerakan bungkusan anda.  
       
       
  S: Bilakah buku tersebut akan dihantar kepada saya selepas pesanan?  
       
  J: Buku tersebut akan dihantar kepada anda dalam masa 24 jam selepas pesanan untuk hari bekerja. Sekiranya pesanan dibuat pada hari bukan bekerja, buku anda akan dihantar pada hari bekerja seterusnya.  
       
       
  S: Bagaimana keadaan buku yang saya pesan?  
       
  J: Buku yang anda pesan adalah baru dan belum pernah digunakan kerana anda membuat pesanan terus daripada pihak penerbit.  
       
       
  S: Adakah pesanan saya dijamin?  
       
  J: Ya! Pesanan anda dijamin oleh pihak penerbit. Anda diberi masa selama 2 minggu untuk meneliti buku tersebut. Sekiranya anda tidak berpuashati dengannya, anda boleh memulangkan semula kepada pihak penerbit bersama bukti pembelian dalam tempoh tersebut untuk mendapat pemulangan semula wang (kos penghantaran semula perlu ditanggung oleh anda).  
       
       
  S: Bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat berkenaan pesanan saya?  
       
  J: Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai pesanan anda dengan menghubungi Bahagian Jualan True Wealth Sdn Bhd di email sales@MillionairesPlanet.com atau di nombor telefon 03-78803051.  
       
       
  S: Adakah pihak Admin Rahsia Raja Lelong dapat membantu saya mendapatkan maklumat berkenaan pesanan saya?  
       
  J: Tidak. Pihak admin kami hanya bertanggungjawab menjalankan aktiviti promosi. Segala urusan pesanan diproses oleh pihak penerbit kerana segala pesanan melalui laman web Rahsia Raja Lelong akan disalurkan kepada laman web pesanan mereka. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pesanan anda, sila hubungi Bahagian Jualan True Wealth Sdn Bhd seperti yang tertera di jawapan di atas.  
       
       

 

 

Copyright © RahsiaRajaLelong.com All Rights Reserved

Privacy Policy | Anti-Spam Policy | AUP (Acceptable Use Policy) | *Earnings Disclaimer

Home | Galeri | FAQ | About Us | Contact Us | Site Map